“Pengkid” Berihram Seperti Lelaki Di Tanah Suci

Updated: Aug 28


Seorang wanita yang memperagakan dirinya sebagai seorang lelaki telah memuat naik videonya berihram seperti lelaki di hadapan Kaabah. Beliau dikatakan sedang mengerjakan ibadah umrah tanpa menggunakan sebarang perkhidmatan agensi atau mutawwif. Video tersebut telah ditularkan melalui twitter @nameisAm_


Dalam satu bebenang twitter, @nameisAm_ telah mencemuh tindakan wanita tersebut sekaligus mendedahkan identitinya yang sebenar. Beliau merupakan kenalan kepada wanita tersebut. @nameisAm_ telah memuatnaikkan kad lesen memandu wanita itu ke laman twitter.


Kad itu telah mengesahkan bahawa wanita di dalam video itu sememangnya wanita yang tulen.


@nameisAm_ turut menyuarakan bahawa dia tidak akan berdiam diri jika agama dipersendakan dan dipijak. Beliau juga menyeru agar Nur Syazwani segera bertaubat.


“…Allah akan melindungi rumahNya dari kekotoran yang kau dah buat. Bertaubatlah wahai pengkid.


Allah masih sayang kau tetapi sekali je kau mencemarkan Masjidil Haram, sekarang kau tunggu akibatnya.”

Sebuah video menayangkan Nur Syazwani berjubah dan bersongkok sedang berjalan-jalan di kota Madinah juga telah dimuatnaikkan.

Sumber : Twitter @nameisAm_

“Cukup aku tak boleh maafkan kau ayid, kau berjumpa dengan jasad yang paling mulia atas bumi ni, kau jumpa Rasulullah dalam keadaan macam ni?” cemuh pemilik akaun twitter itu.


Menurut laman twitter @nameisAm_ , beliau telah membuat laporan tentang hal ini kepada pihak berkuasa. Beliau dengan seorang lagi kenalan Ayid, @Aliyameha membuat laporan kepada pihak berkuasa atas nasihat daripada pihak MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia).

Beberapa tahun yang lalu, terdapat kes yang serupa melibatkan seorang “Mak Nyah” terkenal, Sajat. Beliau telah mengerjakan umrah dengan berpakaian seperti seorang Muslimah. Kelakuan itu telah mengundang kontroversi serta kecaman orang ramai.


Beberapa warga Twitter telah mengaitkan kes Nur Syazwani atau Ayid dengan kes Sajat sewaktu di tanah suci.

Seorang netizen bernama Kamarul Afiq berpendapat bahawa tindakan Sajat dahulu seolah-olah memberi lampu hijau kepadagolongan transjantina (transgender) untuk melakukan yang sama. Kelakuan ini merujuk kepada perbuatan mengerjakan ibadah umrah dalam pakaian jantina bukan sebenar.

Para netizen turut musykil bagaimana hal sebegini boleh terjadi.


Ada juga yang melulu menuding jari terhadap pihak agensi dan para mutawwif kerana tidak periksa dan teliti akan hal ini terlebih dahulu.

Namun, @nameisAm_ rancak membidas bahawa perkara ini di luar kawalan pihak agensi dan mutawwif. Ini disebabkan individu-individu seperti Sajat dan Ayid tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan agensi umrah. Malah, mereka mengerjakan umrah di tanah suci dengan sendiri. Umrah Diy.


@nameisAm_ juga turut berkata bahawa para mutawwif tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan jemaah membuat dosa secara terang-terangan. Dosa jemaah mereka yang tanggung ujarnya.


Sententunya peristiwa ini telah mengundang perhatian agamawan dan pihak berkuasa.


Menurut laporan Berita Mediacorp, Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata tindakan dilakukan wanita berpakaian ihram ketika umrah “tidak berakal”.


Wanita itu hanya memudaratkan diri sendiri, malah agama Islam bukan bahan mainan atau sendaan katanya.


Berdasarkan satu tukilan pernyataan, Mufti Dr Wan Salim menegaskan bahawa perbuatan melanggar hukum Islam dengan sengaja bererti mempermain-mainkan agama. Jika si pelaku tidak bertaubat, balasan di akhirat bakal menantinya.

Sumber: Facebook, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Dalam satu lagi laporan dalam akhbar Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengatakan bahawa tindakan tegas pasti akan dikenakan terhadap wanita yang terlibat.

Sumber : Bernama News

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Follow Plan B’s Social Media: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify | Youtube




27 views