Sepasang Kekasih Menyuap Vape Kepada Bayi


Seorang warga Twitter, @fanaizty telah memuat naik video yang telah mengundang reaksi orang ramai. Video tersebut menayangkan tentang seorang bayi yang disuap vape. Seorang lelaki yang memangku bayi itu telah meletakkan mesin vape di mulut bayi tersebut.


Pemilik asal video tersebut telah merakam dan memuat naik video itu ke laman Instagramnya, @the_adreenalee.


Menurut maklumat daripada seorang netizen @fanaizty, pasangan itu bukanlah kedua ibu bapa kepada bayi itu. Wanita yang merakam video merupakan ibu saudara bayi tersebut, manakala lelaki yang memangku bayi itu merupakan teman lelakinya. Mereka merupakan warganegara Malaysia.

pic.twitter.com/M5GX6vairo — . (@fanaizty) August 5, 2022

Pemilik akaun @fanaizty telah pun membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM). Apabila ditanya pihak JKM tentang bagaimana boleh dibantu, beliau menjawab


“Jauhkan bayi tersebut dari mereka dan ambil tindakan terhadap mereka beserta ibu bapa bayi tersebut kerana culas menjalankan tanggungjawab”.


Sesudah laporan dibuat, pihak JKM mengatakan mereka hanya mampu menasihatkan agar ibu bapa bayi tersebut untuk berhati-hati sahaja.



Dalam satu dapatan, lelaki yang meletakkan vape di mulut bayi itu telah mengeluarkan satu pernyataan melalui Instagramnya, @kasimishak________.


Lelaki yang bernama Haikal itu memohon maaf atas kelakuannya. Beliau mengatakan bahawa beliau sendiri telah ke balai polis demi membetulkan maklumat yang tidak sahih.


Beliau juga menjelaskan bahawa vape itu sudah tidak berfungsi dan alat itu memang selalu dimain oleh bayi terlibat. Lelaki tersebut lantas mengaku kesalahannya. Beliau juga mengesahkan bahawa dia bukanlah ayah kepada bayi tesebut.

Setentunya kelakuan jengkel yang dipaparkan dalam video itu telah mengundang kemarahan para netizen.


Ramai yang mengecam tindakan tersebut dalam bentuk sindiran.


Kejadian ini juga telah menarik perhatian para pempengaruh dan artis. Antaranya, Halim Ahmad seorang penasyid, bekas anggota kumpulan Devotees.


Beliau menyuarakan bahawa kejadian ini menjadi satu pembuka mata supaya kita menyokong isu-isu dalam menentang rokok atau vape.


Ini selaras dengan undang-undang larangan dan had umur untuk vape dan rokok. Akta demikian baru sahaja dibentangkan di Parlimen Malaysia.


Dalam keberangan, @nuttynutela menerangkan bahawa meskipun vape itu tidak disedut oleh bayi, ia tetap berbahaya. Di lubang vape tersebut pasti terkandung kuman-kuman, ujarnya.

TRIVIA RINGKAS

Tahukah anda bahawa kewujudan vape di sekeliling bayi-bayi juga mampu menjejaskan kesihatan mereka ?


Menurut satu tinjauan perubatan daripada lelaman whattoexpect.com, para ibu bapa kerap terlepas pandang mengenai pengingesan (ingestion) secara tidak sengaja. Pengingesan secara tidak sengaja berlaku tatkala bayi terdedah kepada bahan kimia vape tersebut.


Menurut satu kajian, antara tahun 2012 dan 2017, terdapat sebanyak 8,269 cecair nikotin dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang terdedah ini lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan.


Bukan itu sahaja, kita sedia maklum bahawa pendedahan asap sekunder (secondhand smoke) juga merupakan asbab bagi Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).

Info


Pandangan Wartawan: Bayi dilahirkan di dunia ini ibarat kain putih yang bersih. Tidak pantas dikotori kebodohan orang dewasa. Tidak pantas juga dikotori kimia dan kuman daripada vape!


Kesian budak itu tidak bersalah. Ini boleh jadi kes aniaya budak.


Semoga kejadian ini tidak memudaratkan kesihatan bayi tersebut. Semoga pasangan tersebut mampu untuk berfikir dan menilai sebelum bertindak selepas ini.


Kalau kita nak jadi perokok, jadilah perokok yang berhemah. Pandang kiri kanan sebelum nak menghembus asap buat O. Pastikan ia tidak memudaratkan insan-insan yang rentan di sekeliling(vulnerable). Inikan pula meletakkan vape di mulut budak, aduhhh



Listen to Plan B’s Podcast this week!



12 views