top of page

Syamsul Yusof Mengesahkan Perkahwinannya Dengan Ira Kazar, Puteri Sarah Membalas Kenyataan Suaminya


Saban tahun kemelut rumah tangga ini menjadi buah mulut para netizen, akhirnya pengarah filem “Mat Kilau” mengumumkan perkahwinannya dengan wanita yang sering dikaitkan sebagai orang ketiga, Ira Kazar.


Syamsul Yusof memuat naik video pengakuan ke akaun Instagramnya, menjelaskan perkahwinannya dijalankan di Thailand dan berwalikan ayah Ira Kazar iaitu Kazar Saisi yang juga merupakan seorang pelakon veteran.


Syamsul juga menegaskan bahawa Puteri Sarah masih tetap isterinya. Beliau turut merayu agar Sarah segera pulang untuk membincangkan segala masalah dan tidak mencanangkan aib rumah tangga dalam media sosial.

“Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan ..pulanglah ke rumah untuk membincangkan masalah kita dan tidak perlu dihebahkan di media sosial, bawa kembali anak-anak..”

Pengarah filem terkenal itu menambah bahawa isteri pertamanya telah membawa anak-anak mereka ke sana ke sini tanpa mendapat keizinannya sebagai seorang suami.


Syamsul berkata dia tidak pernah berniat membelakangi siapa-siapa dalam mengambil keputusan bagi hal ini. Malah, dia mengharapkan doa yang baik-baik dari ahli keluarga dan saudara-maranya.


Bagi Syamsul, dia hanya mampu berdoa agar perkahwinannya yang baharu ini dilindungi Allah daripada sebarang fitnah dan niat jahat orang. Justeru, yang penting baginya ialah perkahwinan ini telah sah di sisi syarak.


Syamsul menggambarkan tindakan Puteri Sarah sebelum ini ibarat mengaibkan dirinya serta menimbulkan fitnah bahawa beliau tidak menghiraukan dan tidak memberi nafkah kepada anak-anak.

“Yang sudah tu sudahlah..kita berbincang di rumah” ujar Syamsul Yusof.

Kurang daripada 8 jam, Puteri Sarah mengeluarkan respons terhadap video suaminya demi menafikan fakta yang menyeleweng.

Sumber: Instastory, puterisarahliyana

Menerusi sebuah video berdurasi 8 minit yang dimuat naik oleh Sarah, beliau membidas satu-persatu kenyataan yang dikemukakan Syamsul. Secara sinis, Sarah mengucapkan tahniah kepada suaminya kerana akhirnya mengaku dan mendaftar perkahwinan selepas berbulan-bulan telah nikah di Thailand.


Pulanglah Berbincang


Puteri Sarah mendedahkan bahawa nombor Whatsappnya telah di-block oleh suaminya itu selama setahun lantas menghalangnya daripada berhubung apatah lagi berbincang tentang masalah rumah tangga yang berlegar sekian lama.


Menurut Sarah, masalah ini telah berlarutan selama 4 tahun. Sebelum ini, Syamsul acap kali meluahkan keengganan untuk bernikah dengan Ira Kazar. Namun, Puteri Sarah dan anak-anaknya tetap jua ditinggalkan Syamsul. Ini menyebabkan Siti Sarah untuk berdamping dengan ibu bapa kandung dan ibu bapa mertuanya untuk sama-sama membantu membesarkan anak-anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.



Sumber: Instagram, puterisarahliyana
“Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang & adik, not US. Where is ayah, selalu tak ada kat rumah”

Puteri Sarah turut menafikan bahawa beliau tidak pernah membawa anak-anak mereka ke sana ke sini tanpa pengizinan suaminya. Malah, beliau menjelaskan bahawa beliau dan anak-anak sentiasa berada di rumah ibu bapa mertuanya.

“Bila you ambil anak-anak dekat rumah mama papa you dan rumah my mum, you tahu I kat rumah. C’mon lah Muhammad Syamsul, I bukan ada kat Thailand yang you takleh cari I. I ada kat Malaysia.. Kalau you unblock I, you mesti boleh cari I” jelas Puteri Sarah dalam videonya.

Dengan segenap semangat, Puteri Sarah menyifatkan tindakan Syamsul sebagai tindakan seorang lelaki yang pengecut. Ini disebabkan perbuatan Syamsul yang mengumumkan perkahwinan keduanya seraya menuding jari terhadap Sarah atas segala pergolakan rumah tangga yang terjadi. Bagi Sarah, Syamsul sepatutnya merujuk dan berbincang dengan kedua-dua ibu bapa mereka itu terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan melulu untuk menikahi Ira Kazar.

Sumber: Instastory, puterisarahliyana

Melalui IG story dan videonya juga, Puteri Sarah membuat dakwaan bahawa isteri baharu Syamsul Yusof, Ira Kazar telah melanggar perintah injuksi sekaligus menghina mahkamah.

“We will see you in court”

Pada bulan November tahun lalu, Puteri Sarah mendakwa bahawa salah seorang ahli keluarga Ira Kazar telah melanggar perintah injuksi interim apabila individu tersebut mengeluarkan kenyataan dengan mengaitkan nama Puteri Sarah di media sosial.


Beliau mengancam untuk mengambil tindakan saman sebanyak RM10 juta dek pelanggaran perintah injuksi tersebut.


Pernyataan ini seolah-olah memerli Syamsul Yusof yang mengambil tindakan saman bernilai RM 10 juta terhadap pihak JAWI setelah mereka “memfitnah” Syamsul telah berkahwin lagi.

Puteri Sarah mengakhiri videonya dengan meluahkan kesakitan yang terpendam di lubuk hati.

“Muhammad Syamsul.. you tahu tak macam mana perasaan I masa I tengah dalam pantang and I tengok video you dengan perempuan tu.”

Puteri Sarah juga menekankan bagaimana pada suatu ketika dahulu “perempuan itu” yang merujuk kepada Ira Kazar telah memprovokasi dirinya dan mengganggu ibu kepada Syamsul Yusof sendiri.


Dalam pada ketegangan rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sedang tular dalam ruangan media sosial, rakan-rakan selebriti tidak lekang memberi semangat dan mendoakan kebaikan mereka berdua.

Menerusi 2 video berbeza yang dimuatnaikkan oleh Syamsul Yusof dan Puteri Sarah, terdapat naratif berbeza yang diuar-uarkan. Setentunya, masyarakat berkesempatan untuk mendengar daripada kedua-dua pihak. Justeru, Syamsul Yusof menyebut dalam videonya bahawa beliau akan mengadakan sidang media untuk memberi pencerahan yang selanjutnya. Kini, bergantung kepada masyarakat untuk menilai dan memihak kepada kebenaran yang sewajarnya.

69 views

Recent Posts

See All
bottom of page