top of page

Akaun IG Adibah Noor Kena Hack, Hacker Minta Hampir $400 Untuk Kembalikan Akaun Rasmi

Writer's picture: Lintah DarahLintah Darah

Akaun IG Adibah Noor Kena Hack

Tewas kepada desakan penggodam, akaun Instagram penyanyi Adibah Noor kini tidak lagi wujud.


Awal pagi tadi (12 Julai) Adibah, 50 tahun, mengumumkan di Twitter bahawa dia telah kehilangan gambar-gambar yang disimpan sebagai kenangan di Instagram lamanya (@adibah_noor) setelah ditipu sebuah akaun tiruan yang berpura-pura sebagai akaun rasmi Instagram semalam.


CEMAS DIUGUT PENGGODAM


Jelas Abidah menerusi video-video yang dimuat naik di Twitter,  penggodam itu mengugut untuk menutup akaun Instagramnya dalam tempoh 24 jam jika dia enggan menentusahkan akaunnya.

Akaun yang sudah ditentusahkan (verified account) mempunyai ‘blue tick’ bersebelahan nama akaun

Akaun yang sudah ditentusahkan (verified account) mempunyai ‘blue tick’ bersebelahan nama akaun. Sumber: Techcrunch


Cemas, Adibah membuat apa yang disuruh — menukar kata laluan akaun-akaun media sosialnya serta memberikan kod penentusahan — justeru, memberi akses kepada penggodam.

‘GUILT TRIP’ PENGGODAM


Setelah menyedari e-mel berhubung dengan akaun Instagramnya ditukar kepada milik penggodam, penyanyi ‘Terlalu Istimewa’ ini meluahkan ketidakpuasan hatinya.


“Saya harap awak bahagia setelah mengambil gambar-gambar dan kenangan daripada saya. Awak mungkin tidak rasakan apa-apa. Tapi ada orang di luar sana yang bergantung kepada memori-memori sedemikian rupa untuk kekal ceria dan siuman.


“Satu hari nanti awak akan terima balasan,” tulis Adibah kepada penggodam menerusi e-mel.


Tidak goyang, penggodam berkenaan cuma bertanya jika Adibah mahukan akauannya kembali dengan harga EUR250 (S$392.80).

Namun demikian, Adibah menolak tawaran itu dan berdoa agar Tuhan akan menghukum penggodam ini sebagai pengajaran.

BUKA AKAUN BARU


Susulan kehilangan akaun lamanya, Adibah telah membuka akaun Instagram baharu.


Dia berharap agar pengalaman peritnya ini dapat mengajar orang ramai agar lebih berwaspada dan jangan mudah terpedaya.


Luahan wartawan: Sedihnya….Aku kalau terdelete conversation dengan orang yang aku sayang pun sedih. Apatah lagi kalau gambar-gambar hilang sebab kena hack.


But what do these hackers get out of this? Kalau pemilik akaun yang dorang hack tak nak bayar, sia-sia jer kan usaha dorang? Tak ke lebih afdhal untuk cari a legit job? Mohon penjelasan.


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page