top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Anak Baru Dua Minggu Sekolah Cina, Tapi Bapanya Semangat Cakap Mandarin, Sekali Tamil Yang Keluar!


Bapanya Semangat Cakap Mandarin

Gelagat seorang bapa melayan anaknya menjadi perbualan netizen kerana kecekapan si bapa menggunakan beberapa bahasa semasa berbual dengan anaknya itu.

Your ability to speak multiple languages is already an asset to your kids sir. Enjoy your kids while they are young. Before you know it they will grow up and go. — Rajendran (@Rajendr49259215) October 15, 2020

Di dalam video yang kini tular di Twitter, perbualan Pyan Kakeshi dengan anaknya Yen Yen mencuit hati orang ramai. Yen Yen baru sahaja memulakan persekolahan di taska Cina dan Pyan bersemangat untuk berbual dengan anak comel itu di dalam bahasa Mandarin.

spongebob

Pyan memberitahu anaknya bahawa beliau tidak mempunyai duit untuk membelikannya donat lalu menyuruh Yen Yen meminta duit dari ibunya.

Pyan memberitahu anaknya bahawa beliau tidak mempunyai duit untuk membelikannya donat
lalu menyuruh Yen Yen meminta duit dari ibunya

Namun apabila soalan Pyan dijawab Yen Yen dalam bahasa Inggeris, Pyan pula mula berleter dalam bahasa Tamil kepada anaknya itu.


“Eh kau ni dah kenapa, apa yang kau nak ni. Kerja kau asik bebual je, diam jap boleh?”

Eh kau ni dah kenapa, apa yang kau nak ni. Kerja kau asik bebual je, diam jap boleh?

Tercuit hati warganet memerhatikan gelagat anak comel tersebut dan juga kefasihan si bapa melayan anaknya dengan pelbagai bahasa.

Your ability to speak multiple languages is already an asset to your kids sir. Enjoy your kids while they are young. Before you know it they will grow up and go. — Rajendran (@Rajendr49259215) October 15, 2020

Ada diantara rakan sekolah Pyan mengatakan bahawa beliau memang fasih berbahasa Mandarin kerana pergaulan dengan kaum yang berbilang bangsa di bangku sekolah dulu.

Menurut Zainuddin, yang mengongsikan video tersebut, Yen Yen adalah anak saudaranya dan mereka mempunyai keturunan Myanmar.

His mom side which is our side speaks Khmer(Cambodia). Kami tak tau nak selitkan kat mana nanti ? — Mohd Zainudin Ashaari ?? (@MohdZainudinASH) October 15, 2020

Itulah kelebihan duduk dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Sedikit sebanyak akan mula mempelajari dan memahami bahasa kaum lain.


Luahan Wartawan: Alahai comelnya.Yang penting dia nak donat tu jugak. Tak kira la bapak dia ada duit ke tak.

Alahai comelnya.Yang penting dia nak donat tu jugak. Tak kira la bapak dia ada duit ke tak

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page