top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Bekas Pegawai CNB Imbas Kembali Operasi Yang Hampir Meragut Nyawanya


a man old photo, 3 people taking photo together

Kita sering menonton adegan serbuan dadah di layar perak namun, jarang sekali kita mendengar kisah sedemikian secara langsung, lebih-lebih lagi di Singapura.

a group of FBI

Dalam temu bual wartawan Plan B bersama Syed Fadzlin, seorang bekas pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), beliau berkongsi tentang salah satu serbuan yang tidak dapat beliau lupakan — sebuah serbuan yang hampir meragut nyawa teman-temannya.

a group of photo police wear the uniform

Fadzlin (depan, paling kiri) bersama pasukannya. Sumber: Syed Fadzlin


2002: HEROIN STING


Imbas Fadzlin, pada 2002, beliau bersama beberapa pegawai dikerahkan ke Toh Tuck Industrial Estate untuk memberkas pengedar dadah yang dikatakan, akan menemui seorang pembeli.

a sunpro building

Sumber; Google

Menurut maklumat yang diberikan, pengedar tersebut akan menaiki motosikal dan serbuan hanya akan bermula setelah transaksi dijalankan.


Namun pada hari kejadian, pengedar tersebut dikesan menaiki lori, justeru menjejas rancangan asal Fadzlin sepasukan.


“Kami mengepung lori tersebut dengan kenderaan-kenderaan kami — kereta saya dan van rakan saya di depan, manakala kereta seorang lagi rakan saya di belakang.


“Dalam keadaan panik, pengedar tersebut mengundurkan lorinya dengan pantas sehinggakan rakan saya, yang sudah berada di luar keretanya, tercampak lalu termasuk bawah kereta.

truck hitting a person

“Pada masa yang sama, seorang lagi rakan saya yang berpaut pada pintu lori untuk mematikan enjin, turut tercampak ke jalan raya dan hampir terhentak pili bomba.


“Pengedar tersebut kemudiannya merempuh van yang berada di depan sementara penumpangnya, juga seorang pengedar, menaburkan dadah heroin ke jalan raya. Mereka kemudiannya memecut ke jalan utama dan memandu dalam keadaan menentang aliran lalu lintas,” kongsi Fadzlin.


Ibarat babak dalam filem pecah panggung, Fadzlin dan seorang lagi rakan mengejar lori tersebut hingga ke Jurong East Entertainment Centre (kini JCube), di mana mereka berjaya memberkas satu antara dua pengedar terbabit, manakala pengedar seterusnya ditangkap keesokan hari.

blue building

Sumber: Google

Rakan-rakan sekerja Fadzlin pula diselamatkan dan hanya mengalami kecederaan ringan.


BERUBAH ANGIN


Meski semangat untuk tugasnya sebagai seorang pegawai CNB meluap-luap, Fadzlin memutuskan untuk bersara setelah berkhidmat selama 18 tahun agar dapat menceburi sebuah lagi bidang yang beliau minati — jual beli hartanah.

2 person sitting facing each other at dining table

Sumber: Syed Fadzlin

Mula aktif sebagai ejen jual beli hartanah sejak 2018, Fadzlin, yang kini merupakan salah seorang anggota Bravo Realtors, telah berjaya mengendalikan lebih seratus urusan jual beli hartanah.


Seorang ejen yang berpengalaman dan handal, Fadzlin juga antara ejen PropNex yang berjaya mendapat pengiktirafan ‘PropNex Top Muslim Producers’ tahun ini.

3 person standing keep the distance

Untuk mendapatkan khidmat Syed Fadzlin mahupun ejen-ejen lain daripada Bravo Realtors, hantarkan mesej kepada mereka melalui Instagram (@bravorealtors.brs) atau hubungi mereka di 8100 2300.

6 employee of bravo realtors

Nantikan juga kemunculan Bravo Realtors di Plan B pada setiap Isnin untuk mendengar kisah-kisah mereka sebagai ejen hartanah dan untuk mendapatkan tip tentang urus niaga rumah anda.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page