top of page
Writer's pictureChap Chai

Bisnes Satay Bros Melonjak Walaupun Musim Wabak


Bisnes Satay Bros Melonjak

Walaupun wabak COVID-19 telah berjaya menumpaskan banyak bisnes, pegerai sate tempatan, Satay Bros, tidak goyang.


Bahkan, menurut Eddie Dzulkarnain, pengasas Satay Bros, jumlah sate yang terjual kebelakangan ini lebih tinggi berbanding bilangan sebelum perintah pemutus jangkitan (circuit breaker) dilaksanakan.


“Sebelum CB, tiap-tiap minggu kami jual dalam 14,000 cocok sate. Tapi sekarang, jumlahnya melonjak kepada 24,700 cocok dalam seminggu,” kongsi Eddie, 42 tahun.

Brilliant

Rahsianya?


1) BUKA LEBIH AWAL

Buka lebih awal

Pada asalnya, Satay Bros beroperasi dari 6 petang hingga 12 malam.


Namun, gerai kecil mereka di D’Rubinah kini dibuka lebih awal — dari 12 petang hingga 12 malam.


2) KHIDMAT PENGHANTARAN KE RUMAH

Khidmat pengantaran ke rumah

Dalam masa yang sama, Satay Bros juga mengadakan khidmat penghantaran ke rumah.


“Sebelum CB bermula, saya sudah tahu Satay Bros akan terjejas. Tak dinafikan, saya mula bimbang apabila mendapati jumlah pelanggan yang ‘take away’ lebih ramai berbanding mereka yang ‘dine-in’.


“Jadi saya harus berfikir dengan pantas,” ujar Eddie, yang mengelolakan bisnes ini sejak lima tahun lalu.

Jadi saya harus berfikir dengan pantas

Oleh itu, selain mengadakan ‘Satay At Lunch’ dari 12 hingga 6 petang dan ‘Satay At Dinner’ dari 6 petang hingga 12 malam, Satay Bros juga memulakan khidmat penghantaran.

Satay Bros dapat melakukan penghantaran ‘islandwide’ secara efisien.

Dengan kemasukan enam lagi pekerja baharu, yang tertumpu hanya pada penghantaran, Satay Bros dapat melakukan penghantaran ‘islandwide’ secara efisien.


3) KHIDMAT PELANGGAN TIP-TOP


Kata Eddie, rasa sate bukanlah segala-galanya dalam menjalankan bisnesnya.


“Kesedapan tu, ikut cita rasa masing-masing.”


“Tapi yang lebih mustahak adalah ‘service and presentation’.”

Satay Bros dapat melakukan penghantaran ‘islandwide’ secara efisien.

“Cara menghidang sate, bawang, timun, ketupat dan kuah penting sebenarnya. Dan kenalah konsisten dalam produk yang dijual,” nyata Eddie, yang mewarisi bisnes sate pak ciknya.

sate ayam, lembu, kambing, babat dan hati daripada Satay Bros

Dapatkan sate ayam, lembu, kambing, babat dan hati daripada Satay Bros


“Flame with love and the person eating it will fall in love with the food you serve them.” — Eddie, 2020


Untuk membuat tempahan, Whatsapp atau telefon Satay Bros di talian 91014036.


Anda juga boleh membuat pesanan ‘take away’ di gerai mereka di D’Rubinah, 592 Sembawang Road.

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page