Dulu ‘Claim’ Penggubah Sebenar Lagu ‘Count On Me’, Sekarang Tarik Balik Tuntutan
- Belalang Biru

- Mar 21, 2021
- 3 min read
Updated: Mar 13, 2024

Penggubah lagu India, Joseph Mendoza yang berkata beliau menulis lagu ‘We Can Achieve’ sudah menarik balik tuntutannya dan meminta maaf atas “kekeliruan yang dicetuskannya”. Lagu ‘We Can Achieve’ itu hampir sama dengan sambutan Hari Kebangsaan ‘Count on me Singapore’.

Sumber: Google Images
Encik Joseph Mendoza sebelum ini mendakwa beliau mencipta lagu ‘We Can Achieve’ pada 1983, tiga tahun sebelum lagu ‘Count on Me, Singapore’ dihasilkan. Beliau membuat dakwaan ini selepas rakaman persembahan lagu tersebut menjadi tular.
Lirik lagu ‘We Can Achieve’ hampir sama dengan ‘Count on Me, Singapore’, kecuali perkataan ‘Singapore’ digantikan dengan perkataan ‘India’ atau ‘Mother India’ serta beberapa perubahan kecil pada liriknya.

Sumber: Google Images
Encik Mendoza, yang juga dikenali sebagai Joey Mendoza, mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menegakkan dakwaannya, seperti kaset dan dokumen-dokumen bertulis. Namun begitu, bukti-bukti tersebut menurutnya telah musnah semasa banjir di Mumbai pada 2005.

Pemerintah Singapura memegang hak cipta muzik dan lirik lagu Count on Me, Singapore, yang digubah oleh warga Kanada Hugh Harrison dan disusun oleh pemuzik veteran Singapura Jeremy Monteiro untuk sambutan Hari Kebangsaan pada 1986.

Sumber: Google Images
“MCCY meminta Encik Joey Mendoza menunjukkan bukti bagi menegakkan dakwaan bahawa beliau menggubah lagu We Can Achieve pada 1983. Kami memandang serius terhadap perkara ini memandangkan dakwaan Encik Mendoza adalah satu penghinaan kepada pemilikan kami ke atas lagu Count on Me, Singapore,” menurut MCCY dalam kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebooknya.

Sumber: Facebook – Ministry of Culture, Community and Youth – MCCY
“Bukti-bukti semasa dan secara langsung, seperti yang dimiliki Encik Jeremy Monteiro, menyokong bahawa Encik Hugh Harrison menulis lagu Count on Me, Singapore pada 1986.”
Siasatan yang dijalankan di India mengesahkan tiada bukti atau rekod yang menunjukkan Encik Mendoza memiliki hak cipta lagu We Can Achieve, menurut MCCY.
“Hakikatnya (Encik Mendoza) tidak mempunyai sebarang bukti untuk menegakkan dakwaannya bahawa beliau menulis lagu We Can Achieve pada 1983 dan beliau juga tidak mempunyai hak ke atas lirik dan muzik (Count on Me, Singapore),” menurut MCCY.
Komposer India itu sudahpun menarik balik “sama sekali dan tanpa bersyarat” semua dakwaannya ke atas lagu itu, tambah MCCY.

Menurut MCCY, Encik Mendoza sudah memaklumkan kepada rakan-rakan dan rangkaiannya mengenai perkembangan ini dan sudah mengarahkan platform-platform media sosial supaya menurunkan lagu We Can Achieve.
Selain meminta maaf, Encik Mendoza menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk mempersoalkan kewibawaan ataupun kekaryawanan Encik Hugh Harrison.
“Penting untuk kita melindungi hak kita ke atas lagu itu dan tiada lagi ragu-ragu bahawa kita adalah pemilik lagu tersebut,” menurut MCCY.
“MCCY menerima permohonan maaf Encik Mendoza atas syarat-syarat yang dinyatakan di atas dan akan menutup perkara ini.”

MCCY juga menyatakan penerbit Pauline India, yang menerbitkan CD yang mengandungi lagu ‘We Can Achieve’ pada tahun 1999, sudah memohon maaf dan memadamkan lagu itu daripada platformnya sebaik sahaja menyedari persamaannya dengan Count on Me, Singapore.
Luahan Wartawan: Honestly, the moment dia cakap bukti semua hilang due to a flood, I rolled my eyes.

Serious ah, bila time gini mintak bukti, hilang la, flood la terbakar la. Macam-macam alasan keluar. And biggest alasan that I cannot brain is simply bila dia cakap he has video evidence of a bunch of schoolkids at the village singing his song. In 1983. VIDEO EVIDENCE. Si Joey ni tau tak brape mahal a video camera is at that time? Nak temberang pun agak-agak la wei.
Podcast Plan B minggu ini!
















