Ibu Terkorban Ketika Bawa Pulang Makanan Untuk Meraikan Keputusan ‘O’ Levels Anak
- Lintah Darah
- Jan 20, 2021
- 2 min read
Updated: Mar 18, 2024

Belum sempat untuk meraikan keputusan GCE ‘O’ Levels nya yang cemerlang, seorang pelajar di sini dilanda duka apabila menerima berita bahawa ibunya dimasukkan ke hospital setelah dilanggar sebuah lori ketika sedang pulang ke rumah.
Ketika kemalangan itu terjadi, ibunya sedang membawa pulang beberapa kotak makanan kegemarannya, sushi untuk meraikan keputusannya.

Sumber: singaporeuncensored.com
Pelajar itu, Ng Song Ching mengatakan bahawa beliau mendapat berita tentang ibunya, Or Cheng Kim apabila panggilan ke handphone ibunya diangkat seorang doktor di Hospital Ng Teng Fong. Beliau pun bergegas ke hospital bersama adiknya setelah mendapat berita tersebut.
Or Cheng Kim dihantar ke Hospital Ng Teng Fong dalam keadaan tidak sedarkan diri. Hospital mengisytiharkan bahawa beliau telah mati otak setelah dua hari beliau berada di dalam koma. Keluarganya kemudian membuat keputusan untuk berhentikan alat “life support” beliau sehari selepas penghisytiharan itu.

Sumber: singaporeuncensored.com
Keluarganya juga membuat keputusan untuk menderma beberapa organ dalamnya yang masih dalam keadaan yang baik kepada orang-orang yang memerlukan.
Menurut Ng Song Ching juga, beliau teruja untuk menyambut ibunya pada malam itu untuk meraikan keputusan O Level nya dan juga untuk berbual tentang masa hadapannya bersama ibunya.

Sumber: mothership.com
Or Cheng Kim adalah sebagai seorang yang aktif dan sungguh mencintai alam semula jadi. Beliau juga gemar menghasilkan arca belon sehingga pernah diundang untuk menghasilkan arca belon di rumah Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Sumber: mothership.com
Di dalam upacara persemadian Or Cheng Kim, keluarganya menghiasi tempat itu dengan lebih daripada 3000 belon beraneka warna dan bentuk sebagai tanda peringatan atas penghasilan arca belon yang digemarkan Or Cheng Kim.

Sumber: mothership.com

Sumber: mothership.com
Keluarga Or Cheng Kim juga berkata bahawa mereka telah memaafkan pemandu lori yang menyebabkan kemalangan itu.
Menurut kenyataan rasmi pihak polis, seorang lelaki berumur 69 tahun telah diberkas atas tuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian. Buat masa ini, siasatan masih lagi berterusan.
Luahan Wartawan: I think the family is really strong to be able to forgive the lorry driver. Kalau aku, dia melutut kat depan pun belum tentu aku maafkan. Harap-harap the heavy end of the law falls upon him. Jangan kasi chance dengan drivers yang drive carelessly sampai cause accidents and death.
Podcast Plan B minggu ini!