top of page

Lelaki 65 Tahun Didakwa Sebar Ajaran Sesat Menjelmakan Nabi Muhammad

Updated: Jan 31, 2024


Seorang lelaki didakwa setelah mengetuai sebuah sebaran ajaran sesat yang bertentangan dengan syariah Islam. Beliau telah dibawa ke muka pengadilan pada 1 Ogos 2023.


Mohd Razif Radi



Mohd Razif Radi, 65 tahun, dikenakan dua tuduhan di bawah akta AMLA selepas didapati membawa ajaran yang menyeleweng dan mengendalikan sekolah agama yang tidak berdaftar. Kegiatan ajaran sesat ini dijalankan sejak sekitar tahun 2004 hingga tahun 2020.


Dalam ajaran yang dibawanya, Mohd Razif telah “menghalalkan” judi dalam Islam dan “nikah batin” antara lelaki dengan perempuan. Beliau juga menggelar dirinya sebagai khalifah yang mampu untuk menjelmakan roh “Mbah” yang merupakan Nabi Muhammad.


Sebuah laporan polis dibuat pada 21 Ogos 2021 terhadap kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Mohd Razif. Menurut siasatan, Mohd Razif telah mengendalikan sekolah agama yang tidak berdaftar di Lina’s Cafe yang terletak di 7 Jalan Pisang, Kampong Gelam. Mohd Razif juga merupakan pengarah dan pemegang saham syarikat itu.




Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), mereka telah mengesan kegiatan penyebaran ajaran sesat itu sejak 2018. MUIS pernah mengeluarkan surat nasihat rasmi ditujukan kepada Mohd Razif agar kegiatannya dihentikan secara serta merta kerana beliau tidak mempunyai kelayakan di bawah skim ARS.


Kes ini pernah diterbitkan oleh The Straits Times pada tahun 2020. Susulan itu, Pejabat Mufti mengeluarkan sebuah fatwa yang menegaskan bahawa penerimaan wahyu dalam bentuk “menurun” atau jelmaan roh bertentangan dengan syariah Islam. Menurut Pejabat Mufti dalam fatwa yang dikedepankan itu, ajaran yang menyimpang daripada agama Islam termasuklah “penghalalan” judi dan “nikah batin”.


Kes Mohd Razif ditunda kepada 1 September bagi sidang praperbicaan.


Jika beliau didapati bersalah atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat yang bertentangan dengan syariah Islam, beliau boleh dikenakan tuduhan $2000 atau penjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya.


Jika Razif didapati bersalah atas tuduhan mengendalikan sekolah agama yang tidak berdaftar, beliau juga boleh dikenakan tuduhan $2000 atau penjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya.





Summary



Mohd Razif Radi, 65 tahun, dikenakan dua tuduhan di bawah akta AMLA selepas didapati membawa ajaran yang menyeleweng dan mengendalikan sekolah agama yang tidak berdaftar sejak sekitar tahun 2004 hingga tahun 2020.


Dalam ajaran doktrin yang dibawa Razif, beliau telah menyebarkan pemahaman bahawa judi itu dibenarkan dalam Islam dan dan “nikah batin” antara lelaki dengan perempuan. Beliau juga menggelar dirinya sebagai khalifah yang mampu untuk menjelmakan roh “Mbah” yang merupakan Nabi Muhammad.


Mohd Razif telah mengendalikan sekolah agama yang tidak berdaftar di Lina’s Cafe yang terletak di 7 Jalan Pisang, Kampong Gelam. Mohd Razif juga merupakan pengarah dan pemegang saham syarikat itu.


Susulan daripada kes Mohd Razif diutarakan, MUIS telah mengeluarkan surat nasihat rasmi kepada Razif untuk menghentikan kegiatannya secara serta merta kerana tidak mempunyai kelayakan ARS. MUIS juga telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan bahawa konsep judi dan nikah batin bertentangan dengan syariah agama Islam.


Jika Razif didapati bersalah atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat yang bertentangan dengan syariah Islam, beliau boleh dikenakan tuduhan $2000 atau penjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya.


Begitu juga jika Razif didapati bersalah atas tuduhan mengendalikan sekolah agama yang tidak berdaftar, beliau juga boleh dikenakan tuduhan $2000 atau penjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya.



RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2025 - PLANB MEDIA

bottom of page