Menyayat Hati, Ibu Dan Ayah Mengambil Keputusan PSLE Mendiang Anak

Raphael, baru berusia 12 tahun bimbang keadaan bapanya, Encik William yang mempunyai kanser usus. Yang lebih menyayat hati, Raphael menghadapi barah yang telah merebak.
Dalam keadaan sedemikian Raphael juga memikirkan tentang kesakitan yang bakal dihadapi ayahnya ketika menjalani rawatan kemoterapi sehingga mengatakan,
“Saya lebih rela melalui rawatan itu buat Papa.”
Begitulah besarnya hati wira cilik ini yang meninggal akibat kanser tulang.

Ibu bapanya, William Lee, 47, dan Puan Winnie Lee, 45, mengumpul keputusan PSLE dari Sekolah Rendah Alexandra bagi pihak arwah Raphael pada Rabu (25 Nov).

Raphael Lee telah di diagnosis dengan rhabdomyosarcoma di lengan kirinya pada tahun 2008 dan mula menjalani rawatan untuknya selama setahun sehinggalah beliau dalam keadaan pulih.
Namun Raphael disahkan mempunyai barah tulang, osteosarcoma pada umur 8 tahun semasa beliau di darjah 2.

Barah itu bermula dari lengan kirinya lalu merebak ke kolar kanannya dan kedua-dua parunya. Raphael meninggal dunia pada 13 Nov kerana komplikasi akibat pembedahan.
“Kami menjangkakan jangka hayatnya akan dipendekkan, tetapi kami tidak tahu kematian akan datang tidak lama lagi. Kami memberitahunya bahawa fokus kami bukan pada pengajiannya tetapi mengenai kesihatannya. Kami akan memberitahunya ‘Hanya melakukan yang terbaik, tidak ada tekanan’ tetapi dia mahu membuktikan dirinya.” -ibubapa Raphael
Menurut ibubapanya lagi guru-guru Raphael sering melawatnya di hospital dan di rumah, dan membawa kerja sekolahnya kepadanya.
Mereka juga sering menghantar klip video aktiviti kelas untuk mengemas kini apa yang Raphael terlepas, dan menyampaikan salam dari rakan sekelasnya untuk menggalakkannya.

Walaupun terpaksa mengorbankan tangan kirinya apabila barah itu merebak lagi, Raphael dikatakan tetap positif menghadapi cabaran dan teruskan usaha gigihnya untuk menduduki peperiksaan PSLE.

Namun amputasi itu tetap tidak dapat membanteras barah itu daripada merebak sehinggalah Raphael meninggal dunia.
Pada bulan Ogos, Encik Lee sendiri telah disahkan menghidap barah kolon tahap 2 dalam usus besarnya.
“Raphael menanya ibunya, ‘Kenapa Papa kena dapatkan kanser? Mengapa tidak membiarkan saya sahaja melaluinya di tempat papa kerana saya lebih berpengalaman dan telah melalui kemoterapi sebelum ini?’

“Saya terharu dengan penyataan Raphael.” Saya berkata, “Sekarang giliran saya untuk menunjukkan anda saya boleh melakukannya juga.’”
Seorang lagi murid Primary 6, Irdina Qasrina Isham, menerima keputusannya selepas bapanya meninggal dunia akibat barah pada April tahun ini. Irdina menjaga bapanya semasa membuat persediaan untuk PSLE.

Irdina bertanggungjawab membantunya mandi, makan, menukar pakaiannya dan berjalan kaki setiap hari, dari masa dia berada di darjah 2 di Sekolah Rendah Sengkang Green.
Keazaman arwah bapanya untuk hidup mengajar Irdina pelajaran yang penting.
“Ayah mengajar saya untuk mempunyai minda yang positif – ketika dia sakit, dia tidak pernah berputus asa mencari pilihan rawatan. Jadi apabila dia meninggal dunia, saya cuba kekal positif,” kata remaja berusia 12 tahun itu.
Luahan Wartawan: Salam takziah kepada ibubapa Raphael dan juga adik Irdina. Moga tabah dengan dugaan yang diberiNya.

Aku kagum dengan keteguhan budak-budak ni. PSLE is a tough time for everyone involved.

Tapi, sejujurnya keputusan PSLE yang cemerlang tidak dapat menjaminkan masa depan yang bersinar tanpa usaha. Jadi janganlah pressurize anak-anak ataupun melahirkan kekecewaan kalau mereka tidak dapat agregat yang diimpikan.

Berikan mereka semangat agar terus berusaha untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Raise kind and compassionate individuals, the rest will come in naturally.
Podcast Plan B minggu ini!