Parkir Bertingkat Antara Cadangan Orang Ramai Di Media Sosial Untuk Masjid Baru Di Tampines North

Pada 20 November, Encik Zaqy Mohamad memperkenalkan reka bentuk masjid baharu di Tampines North Drive 5 bagi memenuhi permintaan ruang solat di Masjid Al-Istighfar dan Masjid Darul Ghufran. Masjid berkapasiti 4,000 jemaah itu dijangka siap pada 2029.
Mengambil inspirasi pelita buluh, daun Tempinis dan serambi tradisional, reka bentuknya berdasarkan maklum balas 700 anggota masyarakat. Kemudahan merangkumi ruang mesra keluarga, belia, akses tanpa halangan dan teres bumbung, sekali gus memupuk keharmonian agama.
Ada yang memuji keindahan reka bentuk masjid baru itu, dan berterima kasih kerana ia bakal dibina.

Ada pula yang mencadangkan lebih banyak bilik darjah, dan tempat letak kereta bertingkat untuk melengkapi masjid itu.

Namun, tidak semua bersetuju dengan reka bentuk yang diperkenalkan dan mengkritik penampilannya yang kurang menarik.

Ada yang berpendapat lebih banyak masjid diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat, manakala sebahagian mempersoalkan.


















