top of page

Pasangan Dipenjara, Didapati Bersalah Dera Anak Sampai Mati

Updated: Mar 12, 2024


Dera Anak Sampai Mati

Pasangan di Hong Kong didapati bersalah membunuh anak mereka yang berusia 5 tahun pada 6 Januari 2018.

membunuh anak mereka yang berusia 5 tahun pada 6 Januari 2018.

Gadis kecil itu meninggal dunia akibat septicemia – keracunan darah – dan ditemui dengan pelbagai kecederaan meliputi badannya, termasuk luka-luka festering. Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan sembilan bulan setengah untuk penderaan kanak-kanak.

justice

Penderaan ngeri itu hanya ditemui ketika kanak-kanak berusia lima tahun itu meninggal dunia. Beliau mengalami 133 kecederaan termasuk luka-luka,ulser dan parut pada badannya. Abangnya terselamat, namun ditemui dengan 128 kecederaan.


Warganet menzahirkan perasaan amarah terhadap pasangan tersebut.

Warganet menzahirkan perasaan amarah terhadap pasangan tersebut

Kanak-kanak perempuan itu dan abangnya yang berusia 8 tahun menjadi mangsa penderaan kronik bapa kandung dan keluarga mereka. Mereka juga sering dibiarkan kebuluran dan dipaksa tidur dalam beg tidur sambil di ikat.

thats horrible

Anak kecil itu juga dilambung ke udara, menyebabkan kepalanya terhentak siling.

what kind of shit is that

Hari-hari terakhir gadis itu dihabiskan dalam kesengsaraan dan beliau akhirnya meninggal dunia pada 6 Januari 2018. Menurut SCMP, gadis berusia 5 tahun itu dijangkiti teruk oleh bakteria salmonella kerana sistem imunnya telah dikompromi akibat penderaan berlanjutan.

sistem imunnya telah dikompromi akibat penderaan berlanjutan.

Penyiasat juga menemui beberapa teks yang ditukar antara pasangan itu pada Ogos 2017 dan Januari tahun berikutnya, di mana wanita itu dilihat berkata,


“Aku tak boleh tahan, aku hampir nak membunuhnya.”


Yang suami menjawab,


“Lakukannya, dia menguji had kau.”


Ibu tiri juga telah menghantar mesej kepada rakannya yang memperincikan bagaimana dia ditakuti ditinggalkan di rumah dengan anak tirinya.


“Sebaik sahaja ia hanya kami berdua, aku benar-benar mahu mati.”


Mesej lain dilaporkan mendedahkan bahawa ibu tirinya tidak tahan mendengar celoteh anak tirinya.


“Kadang-kadang apabila aku melihat kecederaan itu, aku kesian, tapi bila dia buat bising, merengek, aku rasa sangat benci dengannya”


Semasa perbicaraan mahkamah, ibu tiri mengakui beliau bertanggungjawab atas kematian gadis itu, dan bahawa tujuannya hanya untuk mendisiplinkan kanak-kanak apabila beliau memukul mereka. Walau bagaimanapun, anak perempuan kandung wanita itu terkecuali daripada penganiyaian.

double standards everiwhere

Tetapi anak gadis itu adalah saksi kepada semua penderaan yang dihadapi oleh adik-beradik tirinya, termasuk membuang adik tirinya yang berusia lima tahun di siling 18 kali sebagai hukuman kerana “berjalan perlahan-lahan”.

membuang adik tirinya yang berusia lima tahun di siling 18 kali

Lukisan dibuat oleh arwah anak kecil itu semasa di tadika.

Pendakwa menolak semua dakwaan mengenai pasangan itu sebagai “penyayang” dan bahawa mereka hanya “bermain” malam sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia. Hakim menyatakan bahawa jika mereka adalah ibu bapa yang pengasih dan penyayang, tiada seorang pun daripada mereka akan berada di bilik mahkamah dan gadis itu mungkin tidak meninggal dunia.


Luahan Wartawan: Syurga tempat mu anak kecil.

thoughts and prayers

There is no slur or word that can describe the abusers. You can’t call yourself parents and animals are much better to their young.

I have no words

Some people should not breed.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2025 - PLANB MEDIA

bottom of page