Pemandu Bukan Islam Tukar Stesen Radio Untuk Penumpang Berbuka Puasa
Seorang penumpang PHV, Nurul, telah memuji sikap keprihatinan pemandunya terhadap beliau di dalam video instastory yang kian menular di media sosial.
Di dalam video tersebut, dia mengatakan bahawa pemandunya menyedari masa sudah hampir memasuki waktu maghrib dan menukar stesen radio setelah menanya mana azan akan dilaungkan.
Pemandu tersebut juga mengizinkan penumpangnya itu berbuka di dalam keretanya dan dia memandu dengan selaju mungkin sehingga azan dilaungkan, di mana dia mengurangkan had laju keretanya sambil memastikan penumpangnya itu selesa.
Dia bersyukur atas kebaikan yang ditunjukkan padanya.
“Allah maha pengasih dan penyayang, dan saya amat bersyukur Dia telah mengizinkan saya merasai kasih sayangnya. Ini telah mendalami rasa cinta saya pada Nya.”
Nurul amat terharu dengan kebaikan hati pemandunya yang berbangsa Cina itu.
Netizen juga turut mengagumi dan mengalu alukan tingkah laku pemandu tersebut.
Sumber: Facebook, allsingaporestuff
Ramai yang telah meluahkan bahawa insiden ini menunjukkan semangat kemasyarakatan Singapura yang sebenarnya.
Sumber: Facebook, allsingaporestuff
Sikap pemandu ini memang seharusnya dicontohi lebih-lebih lagi di dalam situasi yang kita berada sekarang. Sifat bertimbang rasa inilah yang sepatutnya dicontohi. Bayangkan, sekiranya ramai yang memaparkan nilai seperti ini, pastinya, dunia akan lebih aman dan sentosa.
Luahan Wartawan: Really touching. Actually, boleh dikatakan ramai juga pemandu yang mempunyai hati yang mulia. Mesti korang dah pernah mengalami punya. Living in a multi racial country, kita harus saling memahami antara satu sama lain to live in peace.
Ambil iktibar dari insiden ini and spread kindness because it costs nothing. Dapat pahala lagi ada pada bulan maha mulia ini.