Penjara 6 Bulan Untuk Influencer Yang Minta Gambar Bogel
Hishamudin Hashim, 32, (juga dikenali sebagai Abeden atau @tkdnxv di media sosial) dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan didenda RM3,500 (SGD 1158) selepas mengaku bersalah meminta gambar bogel daripada pengguna Twitter @hygrandea, Adam Farred, 21, menurut laporan Bernama.
Mangsa-mangsa Hishamudin dikatakan adalah lelaki lurus dan bukanlah mereka yang suka sesama kaum.
25 November lalu, Adam berkongsi kisah dan pengalamannya berurusan dengan Abeden yang telah mengganggunya dan ramai lagi mangsa secara seksual.
Hi Abeden, its time for me to reveal you for who you truly are. Ive been quiet bcs I was compiling all your past victims’ stories in a document(for police report), including mine. Right now, Im doing this bcs I need to be the voice for these people’s vulnerability you toyed with. — deabi (@hygrandea) November 25, 2020
Adam membuka topik dengan menulis: “Hi Abeden, masa untuk saya mendedahkan anda untuk siapa anda sebenarnya.”
1. Starting with mine. Keep in mind that I was shocked by what’s happening, hence me being ‘nice’ was my coping mechanism, trying to process this. I was going with his flow to see where this is heading. pic.twitter.com/ydZNTVHhOE — deabi (@hygrandea) November 25, 2020
Hisham meminta gambar bogel Adam dengan alasan ingin melihat susuk tubuh badannya.
Menurut Hisham lagi, konsep penggambarannya adalah “Greek God” dan kerana itu, beliau memerlukan gambar penuh Adam. Namun Adam menolak kerana tidak selesa.
I clarified my boundaries regarding the ‘greek god concept’ he wanted, that requires me to only wear a piece of cloth to hide my private parts(but not bottocks). He suggested this the day before, with his sample pictures. I rejected it since it’s too much for me. pic.twitter.com/s8nAJPaAul — deabi (@hygrandea) November 25, 2020
Tetapi Hishamudin dikatakan berdegil dan cuba memujuk Adam untuk mengikut rentaknya. Adam kemudian mengakhiri perbualan mereka dan “block” Hishamudin.
After I understood that he acknowledges my boundaries and limitations, I offered to give him my body shots which I thought would be FULLY CLOTHED knowing he is aware of what I was saying. pic.twitter.com/JeJ4RTa7HV — deabi (@hygrandea) November 25, 2020
In the end, he still insisted on making me do it for his ‘conceptual shoot’ that I didn’t even agreed to, even while I was already making myself clear about my boundaries. I dropped my play and seek reliable sources to question his ‘casting’ method. True enough it was a scam. pic.twitter.com/NT1VSKCPiF — deabi (@hygrandea) November 25, 2020
Beberapa mangsa Hishamudin yang lain kehadapan untuk mengongsikan pengalaman mereka bersamanya. Seorang diantara mereka menyatakan Hishamudin beronani semasa mereka sedang Facetime.
Ada juga mangsa yang dihampiri Hishamudin apabila beliau dalam keadaan sedih.
pic.twitter.com/KcAcsT5Jvf — deabi (@hygrandea) November 25, 2020
Mangsa lain adalah seorang rakan yang telah mempercayainya dan menutup aibnya demi persahabatan.
4. A friend. pic.twitter.com/i55SsRsLvJ — deabi (@hygrandea) November 25, 2020
Hishamudin didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Laporan polis itu dibuat pada jam 3.09 petang pada 23 November lalu di Selayang Mulia, Batu Caves, Gombak. Hishamudin diwakili peguam Ariff Amirul Abdul Jani yang merayu hukuman ringan dengan alasan ia adalah kesalahan pertama pelanggannya dan dikatakan menghidap penyakit jantung.
Dalam Tweet yang kini dipadamkan, Hishamudin telah membalas dakwaan Adam di Twitternya, di mana beliau mendakwa bahawa dia telah cuba menghubungi untuk memohon maaf tetapi telah disekat di semua media sosial.
Luahan Wartawan: Kau betul pe influenza ah jack.
Aku tak faham kenapa dia target straight men. Banyak lagi kot dekat Grindr yang boleh layankan nafsu songsang kau tu.
Selalu kita dengar perempuan kena harassed. But men who are harassed should be taken seriously as well. Tak kira la oleh perempuan ke lelaki, tetap salah.
Tapi orang yang suka bahankan lelaki kena harassed, rape atau stalk kena stop. This is a sickness that permeates the society regardless of gender.
If we want women to be empowered and protected from the lustful behaviors of men, we should want the same for men.
Podcast Plan B minggu ini!