Renovasi Terbengkalai Pelanggan Terkapai-kapai, JM & Sons Akhirnya Mohon Maaf, Tak Mampu Beroperasi

Selepas beberapa hari pelanggan berkongsi aduan mengenai projek renovasi terbengkalai dan kesukaran menghubungi syarikat itu, JM & Sons akhirnya tampil memohon maaf serta mengumumkan bahawa ia tak lagi mampu beroperasi.
Dalam kenyataannya pada 25 November, pihak pengurusan berkata syarikat itu menjadi insolven akibat tekanan kewangan serius dan keadaan pasaran mencabar.
JM & Sons telah beroperasi di Singapura sejak 1990.
Sebelum pengumuman itu, pelanggan dilaporkan gagal menghubungi JM & Sons
Located in: North Link Building.
Akaun Instagramnya tidak lagi dapat diakses, pejabatnya di Admiralty didapati tutup pada 23 November, manakala Google Maps menandakan premis itu "tutup secara kekal"
Dilaporkan juga bahawa beberapa pemilik rumah mendakwa kerja renovasi mereka tidak disiapkan walaupun bayaran mencecah S$30,000. Seorang pelanggan turut membuat aduan kepada CASE dan laporan polis; polis mengesahkan laporan itu dan siasatan masih berjalan.
Ada pengguna media sosial mendakwa turut terjejas oleh JM & Sons atau mengenali individu yang terkesan.

Ada pula yang hampir menggunakan khidmat JM & Sons, namun meluahkan simpati terhadap pelanggan terjejas.

Ada juga yang menawarkan bantuan renovasi atau menghubungkan pelanggan dengan kontraktor lain.

JM & Sons telah memulakan proses penggulungan dan melantik Clearview Associates. Pelanggan serta pembekal boleh menghubungi pejabat pelikuidasi untuk pertanyaan atau tuntutan. Borang tuntutan hutang dijangka dikeluarkan pada awal Disember 2026.

















