Seoul FC Meminta Maaf, Gunakan Patung Jimak Sebagai Penonton
- Chap Chai

- May 21, 2020
- 2 min read
Updated: Apr 8, 2024

Bagi menghasilkan atmosfera bola sepak dalam keadaan COVID-19, FC Seoul telah menggantikan para penyokong mereka dengan sex dolls.
MUSIM K LEAGUE

Sumber: Facebook, FC Seoul
Ahad lepas, FC Seoul telah mengadakan perlawanan home match pertama mereka dalam musim baharu Liga K.
Namun begitu, perlawanan tersebut tidak dihadiri penyokong disebabkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di negara itu.
Oleh demikian, sebuah syarikat dinamakan Dalcom menawar untuk membeli beberapa tempat duduk.

Sumber: AFP Photo
Tetap memakai mask dan ber-social distancing meskipun tidak bernyawa.
Setelah membuat persetujuan dengan FC Seoul, Dalcom meletakkan 30 patung seks — 28 wanita dan 2 lelaki — di stadium berkenaan.
PENAFIAN FC SEOUL
Para peminat yang menonton perlawanan FC Seoul dan Gwanju FC dalam talian mendapati patung-patung tersebut merupakan patung seks.
Bahkan, beberapa patung dilihat mempromosikan lelaman porno di papan tanda yang dipegang.

Sumber: Twitter, @WhoAteTheSquid
Oleh Solos, pembekal mainan seks.
Akan tetapi, FC Seoul menafikan dakwaan mereka dan berkata patung-patung tersebut merupakan ‘patung premium’.
Dalam masa yang sama, FC Seoul mengaku bahawa mereka telah mendapatkan patung-patung itu daripada pembekal mainan seks.

Sumber: Twitter, @WhoAteTheSquid
Kalau sex doll, katakan sex doll.
FC SEOUL MINTA MAAF
Susulan dakwaan penyokong, FC Seoul meminta maaf menerusi Instagram dan Facebook.

Sumber: Facebook, FC Seoul
Yang faham, fahamlah.
Dalcom turut memberi penjelasan tentang hal tersebut.
Menurut mereka, iklan-iklan tersebut berasal daripada klien mereka, Solos — sebuah syarikat yang menghasilkan mainan seks.

Sumber: Twitter, @WhoAteTheSquid
Syarikat tersebut telah disuruh untuk menanggalkan semua logo berkaitan dengan porno namun, masih ada yang tertinggal.
Musim baharu Liga K bermula pada 8 Mei lalu selepas ditangguhkan lebih dua bulan dek COVID-19.
Dalam perlawanan itu, FC Seoul menang 1-0.
Luahan wartawan: Ala macam tu pun marah. Kan creative. See, letak sex dolls terus menang. Ni yang dikatakan pemangkin semangat.
Apa kata FAS cuba implement ni lepas COVID-19? Manalah tau terus local footballers jadi bagus gila. Check check bagus sangat sampai qualify main FIFA.
















