Skatepark Ditimbun Batu Dan Pasir Untuk Mencegah Skaters Bermain Dalam Musim Covid19
Empat taman meluncur di Bayside, Melbourne ditimbun dengan pasir dan batu bagi menguatkuasakan undang-undang perintah berkurung setelah tanda penutupan dan penghadang tidak diendahkan golongan anak muda.
Sumber: 7 News
Tindakan drastik oleh dewan Melbourne ini diambil pada Selasa (28 Julai) supaya taman-taman meluncur tidak boleh digunakan.
Sumber: 7 News
ANAK MUDA TAK PUAS HATI
Susulan tindakan dewan Melbourne, seorang penduduk setempat yang diwawancara 7 NEWS menyifatkan ia sebagai “tindak balas yang keterlaluan” dan “tidak munasabah”.
Sumber: 7 News
Di media sosial pula, warganet berkata penutupan taman meluncur hanya akan mendorong anak muda untuk bermain di jalan raya.
KENYATAAN DATUK BANDAR
Datuk Bandar Dewan Bayside Clarke Martin berkata, jumlah penduduk yang “memusnahkan” kemudahan berkenaan “tidak ramai”.
Dan katanya, nilai menimbuskan taman meluncur “sangat rendah berbanding nyawa seseorang”.
Beliau mengesyorkan untuk membuka semula keempat-empat taman meluncur sebaik sahaja undang-undang perintah berkurung dilengangkan.
Luahan wartawan: Bagus! Buat jer macam tu. Manusia ni bukannya dengar kata. Benda yang orang cakap jangan, benda tu jugak lah yang dia nak bikin. Nanti penyakit, dia salahkan government, foreigners, healthcare system dan segala apa yang boleh dia salahkan kecuali diri sendiri.