top of page

Tak Payah Keluar Kereta, Majlis Walimah Pandu Lalu Menjadi Realiti

Updated: Apr 4, 2024


Majlis Walimah Pandu Lalu Menjadi Realiti

Keadaan COVID-19 telah membuahkan idea-idea alternatif di kalangan bakal mempelai yang berkobar-kobar untuk mendirikan rumah tangga.


Beberapa bulan lepas, ramai memilih untuk bernikah secara dalam talian.

Beberapa bulan lepas, ramai memilih untuk bernikah secara dalam talian

Sumber: Instagram, @nazrulauzan


Terbaru, majlis persandingan pula dilakukan secara drive-thru.

Pada 27 Jun (Sabtu), pasangan pengantin Norazura Mohd Ali dan Aguzz Aguss dari Kluang, Johor, mengadakan walimatulurus berkonsepkan pandu lalu — di mana tetamu yang hadir cuma dapat berinteraksi dengan pasangan berkenaan dari dalam kereta.

Facebook, Viral Media Johor

Sumber: Facebook, Viral Media Johor


Dalam pada itu, terdapat juga standard operating procedures (SOP) yang harus dipatuhi untuk memastikan keselamatan orang ramai:

  1. Kenderaan menuju ke kanopi pelamin harus beratur

  2. Pemeriksaan suhu badan oleh anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)

Pemeriksaan suhu badan oleh anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia

Sumber: Facebook, Viral Media Johor


  • Nama dan nombor telefon harus dicatatkan

Nama dan nombor telefon harus dicatatkan

Sumber: Facebook, Viral Media Johor


  • Masukkan sumbangan ke dalam tabung ‘Salam Keruk’ yang disediakan

Masukkan sumbangan ke dalam tabung ‘Salam Keruk’ yang disediakan

Sumber: Facebook, Viral Media Johor


  • Apabila jumpa pengantin yang sedang menunggu di pelamin, beri salam, ucap tahniah dan serahkan hadiah tanpa keluar dari kenderaan dan bersentuhan

serahkan hadiah tanpa keluar dari kenderaan dan bersentuhan

Sumber: Facebook, Viral Media Johor


  • Setiap kenderaan diberikan hanya satu minit sahaja untuk bertemu mempelai

Setiap kenderaan diberikan hanya satu minit sahaja untuk bertemu mempelai

Sumber: Facebook, Viral Media Johor


Mulai 1 Julai 2020, rakyat Malaysia dibenarkan untuk mengadakan majlis persandingan terhad kepada 250 pada satu-satu masa. Majlis juga hanya dilakukan dalam tempoh tiga hingga lima jam.


Di Singapura pula, cuma 20 tetamu dibenarkan untuk memeriahkan majlis.


Luahan wartawan: Wah cool! So simple and fast. Tak payah nak salin-salin, bayar berpuluh ribu…Best seh aku nak buat gini ah time kahwin.



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2025 - PLANB MEDIA

bottom of page