Badan Kucing Koyak, Akibat Dikelar Individu Tak Dikenali
- Belalang Biru
- May 21, 2021
- 1 min read
Updated: Mar 11, 2024

Insiden beberapa ekor kucing yang dianiaya telah mendapat perhatian tinggi di internet sejak kebelakangan ini. Gambar-gambar luka yang terbuka di tubuh badan kucing tular di Instagram menerusi akaun @catlady_ning sehingga mendapat lebih dari 1,000 likes dan 93 komen.
Kejadian yang berlaku di estet perumahan Ang Mo Kio ini telah mencetuskan kemarahan warganet berbilang kaum apabila gambar yang menunjukkan kucing-kucing dikelar di tubuh badan mereka dimuatnaikkan di Instagram.


Sumber: Instagram, @catlady_ning

Apa yang lebih menyedihkan adalah ini dipercayai bukan kali pertama si penganiaya melakukannya. Seorang lagi penjaga kucing menerusi akaun @coffeeshopmeows di Ang Mo Kio telah memuatnaikkan beberapa kepingan Instagram stories tentang gambar kucing-kucing lain yang pernah dikelar.
“Tiga kes dalam seminggu, sedih dan lebih membimbangkan. Keadaan juga semakin teruk” katanya dalam sebuah posting di Instagram.

Sumber: Instagram, @coffeeshopmeows
Warganet turut meluahkan perasaan dengan kejadian ini.



Pihak SPCA dan pencinta kucing, merayu kepada semua untuk memberikan kerjasama untuk menindas perbuatan kejam ini.
Orang awam yang ingin tampil sebagai saksi boleh juga melaporkan kejadian ini dengan menghubungi pihak Animal & Veterinary Service’s Animal Response Centre (AVS) di talian 1800 476 1600 atau mereka boleh juga menghubungi pihak polis.
Luahan Wartawan: Geram.

Kucing langsung tak bersalah, tapi tetap dianiaya. Jahat sangat, tak berhati perut langsung. Hopefully justice will be served to the deserving perpetrators.
Orang Ang Mo Kio, please take note ok. Kalau kereta ada dashcam yang record overnight, sekali sekala boleh view untuk tangkap si penjahat ni.
Podcast Plan B minggu ini!