top of page

Enam Pingat Dalam Tahun Pertama Bertanding, Aidil Sis Kini Sasar Emas Pada 2027

4 hours ago
1 min read
Collage of a smiling bodybuilder holding medals and trophies, with Malay headline about six medals and a 2027 gold goal

Hos The Common Folks Podcast, Aidil Sis, menamatkan tahun pertamanya dalam pertandingan bina badan dengan enam pingat daripada empat kejohanan di Singapura, Malaysia dan Thailand.


Selepas membelanjakan hampir $10,000 untuk sukan itu, beliau kini menyasarkan pingat emas pada 2027.


Dalam acara Men's Physique, beliau meraih tempat kelima di PCA Malaysia, dua tempat ketiga di Dream Aesthetics, serta tempat ketiga dan kelima di Fitness Aesthetics.


Di PCA Thailand pula, beliau menduduki tempat keempat kategori Masters dan keenam kategori Open Short, menurut perkongsiannya di Instagram.


Aidil, atau nama sebenarnya Muhammad Aidil Mohamed Sis, 37 tahun, sudah beberapa tahun bersenam di gimnasium secara sendiri sebelum mendapatkan bimbingan jurulatih tahun ini untuk lebih serius menurunkan berat badan dan membuat persiapan pertandingan.


Berkongsi mengenai kos penglibatannya, beliau menganggarkan sekitar $5,000 hingga $6,000 dibelanjakan untuk jurulatih, keahlian gimnasium, suplemen dan makanan.


Yuran pendaftaran pertandingan serta penerbangan pula sekitar $2,000 hingga $3,000, dengan keseluruhan perbelanjaan dianggarkan hampir $10,000.


Minat untuk bertanding sudah ada sejak beberapa tahun lalu, namun beliau tidak mempunyai bimbingan.


Perkenalan dengan individu yang pernah bertanding akhirnya mendorongnya mencuba dan menguji kemampuan tubuhnya.


Bagi menghadapi pertandingan berturut-turut, Aidil berkata jurulatih berpengalaman memainkan peranan penting dalam menyesuaikan latihan dengan jadual pertandingan. Kebanyakan episod podcast pula dirakam lebih awal sebelum beliau berangkat ke luar negara.


Beliau turut menghargai sokongan keluarga, khususnya isteri, serta rakan-rakan, pendengar dan pengikut yang sentiasa memberikan kata-kata semangat sepanjang tempoh pertandingan.


Aidil kini memasuki tempoh tanpa pertandingan untuk memperbaiki prestasinya. Perancangan pemakanan dan latihan bagi musim seterusnya sudah dibincangkan bersama jurulatih.


"Kami ada sasaran yang mahu dicapai, iaitu meraih pingat emas pada 2027, insya-Allah," katanya.

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2025 - PLANB MEDIA

bottom of page