top of page

Rapper Singapura Rauzan Rahman Dalam Keadaan Kritikal di ICU, Alami Jangkitan Paru-Paru

3 hours ago
1 min read
Man on ICU hospital bed on ventilator with tubes and monitors; Malay headline says Singapore rapper Rauzan Rahman is critically ill.

Artis hip hop dan bekas pelakon kanak-kanak Singapura, Rauzan Rahman, kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Khoo Teck Puat selepas mengalami jangkitan serta pengumpulan cecair dalam paru-parunya.


Ketika dihubungi Plan B, kakak Rauzan memaklumkan bahawa beliau sudah empat hari dirawat di ICU selepas jatuh sakit sejak seminggu lalu.


Rauzan, yang menghidap diabetes sejak lapan tahun lalu, turut mengalami komplikasi lain dan masih belum memberikan tindak balas terhadap rawatan antibiotik.


Rauzan dikenali menerusi rancangan kanak-kanak Klik! di Suria dan Kids United di Kids Central sebelum membina kerjaya sebagai penyanyi serta penerbit muzik hip hop.


Beliau turut aktif menganjurkan persembahan muzik di Esplanade dan Pusat Seni Aliwal.

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2025 - PLANB MEDIA

bottom of page