top of page

Hafizah Cilik Indonesia Curi Perhatian Di Singapura

3 hours ago
1 min read
Smiling young girl in a black hijab outdoors, with text: VIRAL Hafizah Cilik Indonesia Curi Perhatian Di Singapura

Aisyah Arrumi merupakan hafizah cilik berusia sembilan tahun dari Malang, Indonesia. Dengan bimbingan ibu bapanya, beliau mula menghafaz al-Quran pada usia tiga tahun.


Aisyah dilaporkan telah menghafaz 26 juzuk dan mengulang kaji antara 3 hingga 5 juzuk setiap hari.


Pada Mac 2026, Aisyah meraih tempat kedua dalam kategori perempuan bagi pertandingan Most Beautiful Quran Recitation di 28th Dubai International Holy Quran Award.


Beliau juga pernah menjadi finalis program Hafiz Indonesia 2024..


Hantaran terbaharu di media sosial Aisyah memaparkan beliau mengalunkan bacaan al-Quran di beberapa lokasi ikonik Singapura, termasuk Jewel Changi Airport dan Marina Bay Sands.


Ada pengguna media sosial yang memuji bacaan Aisyah, manakala tokoh agama tempatan turut mengalu-alukan kunjungannya..

Collage of supportive Instagram comments welcoming Aisyah to Singapore and praising her, with hearts and a pastel pink-blue background.

Aisyah berkunjung ke Singapura bagi menyertai program Membina Generasi Quraniyah pada 1 November di Masjid Al-Ansar, anjuran Arabic Anonymous dan Nurmedina.


Program ini memberi tumpuan kepada peranan ibu bapa dan pendidik dalam memupuk kecintaan terhadap al-Quran.

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2025 - PLANB MEDIA

bottom of page