Pengantin Baru Lemas Selepas Dirikan Rumah Tangga Selama Enam Hari
- Lintah Darah
- Apr 1, 2021
- 1 min read
Updated: Mar 13, 2024

Ami Azzizol Abu Bakri dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu petang Ahad.
Apa yang memilukan ialah mangsa baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isterinya Syarifah Ramli enam hari lalu.

Berita duka tersebut dikongsi melalui Facebook kakak ipar mangsa, Asma Ramlee.

Sumber: Facebook
”Adik ipar saya lemas di Tasik Kenyir, jasadnya masih belum ditemui. Baru 6 hari dorang kahwin, berat ujian ni buat kami sekeluarga. Minta kawan2 doakan urusan pencarian mangsa dpermudahkan… Aamiin ya rabbal alamin,” – Asma Ramlee
Beberapa status WhatsApp yang dipercayai luahan duka Syarifah Ramlee juga tular, mengundang rasa sebak warganet.

Sumber: Facebook

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata mangsa dilihat berenang dari sebuah rumah rakit untuk mandi di sungai tersebut.
“Namun tidak lama kemudian, saksi dikatakan nampak mangsa terkapai-kapai meminta tolong dipercayai mengalami kekejangan otot. Seorang daripada saksi terbabit yang juga anak pemilik rumah rakit, dikatakan cuba memberi pertolongan tetapi hampir lemas kerana mangsa memaut belakangnya,” – DSP Mohd Adli Mat Daud.
Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan untuk mencari mangsa.
Luahan Wartawan: Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Ya Allah, berat betul ujian pengantin baru ini.

I cannot imagine the state of her heart right now. Baru je nak start kehidupan baru dengan suami tercinta abeh tragedi berlaku. May He grant her mercy and strength.

Moga-moga Allah permudahkan urusan mereka dan mayat mangsa ditemui.
Podcast Plan B minggu ini!