Sweet Giler, Uqasha Senrose Dilamar Kamal Adli, Netizen Gelarkan Mereka Uqamal
- Chap Chai
- Dec 22, 2020
- 1 min read
Updated: Mar 20, 2024

Uqasha Senrose dilamar Kamal Adli di pentas Anugerah Meletop Era 2020 dan ia menjadi kejutan buat semua yang hadir.
Video tersebut dimuat naikkan di Instagram meletop dimana Kamal Adli telah menghulurkan kotak cincin ke arah Uqasha.

“Sudi tak kalau awak jadi isteri saya?”
Uqasha terkejut dan menyangkakan bahawa Kamal sedang berlakon untuk mempromosikan drama barunya. Namun Kamal menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Uqasha kepada keluarga.

“Yes.” Jawab Uqasha Senrose.
Kedua bakal mempelai ini telah lama memberikan tanda tanya kepada peminat dengan kisah hubungan mereka.

Rata-rata warganet turut menumpang gembira buat mereka.

Dah start “ship” mode.


Namun ada juga yang mengatakan Kamal mengambil inspirasi dari Hairul Azreen dahulu semasa melamar isterinya, Hanis Zalikha.

Uqasha Senrose kelihatan gembira sambil menayangkan cincin yang disarung.

Kami di Plan B mengucapkan tahniah kepada bakal mempelai ini dan doakan agar jodoh mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.
Luahan Wartawan: Kamal ni ada type aku rasa. Suka yang putih, gebu, muka ala-ala kacukan Patani thai.

Dulu Emma Maembong, tapi kesian, kena bestfriendzone hingga jannah kan.

So Uqasha macam upgrade gitu la walaupun muka seiras.

Tapi aku harap dekni pe tahap hygiene dah improve la. Aku ingat dulu dalam satu interview kawan Kamal ada cakap dia malas mandi.

Janganlah perangai macamtu ye. Dah nak jadi suami orang, jangan kempro.
Podcast Plan B minggu ini!