top of page

Bayi Berusia Setahun Meninggal Tersedak Susu, Ibu Dan Ayah Seribu Penyesalan

Updated: Mar 21, 2024


Bayi Berusia Setahun Meninggal Tersedak Susu

Kurang sebulan selepas menyambut hari lahir pertamanya, bayi Zulkarnain Md Zarif meninggal dunia pagi semalam (4 Disember) setelah dipercayai tersedak susu.

Gambar dimuat naik ibu mangsa sempena hari jadinya (20 November). Sumber: Zurriyati Ishak

Gambar dimuat naik ibu mangsa sempena hari jadinya (20 November). Sumber: Zurriyati Ishak


Dalam kejadian 4:30 pagi di Taman Nusa Intan, Negeri Sembilan itu, ibu bapa mangsa, Zurriyati Ishak dan Md Zarif Md Johari, terbangun apabila terdengar anak bongsu mereka batuk.

Zurriyati Ishak dan Md Zarif Md Johari, terbangun apabila terdengar anak bongsu mereka batuk.

Arwah bersama adik-beradiknya beberapa bulan lalu. Sumber: Zurriyati Ishak


“Bila saya bangun saya tengok dia dah muntah susu dan bibirnya biru. Saya cuba tepuk belakang badan tapi dia tidak lagi bernafas,” kata bapa mangsa, 36 tahun, kepada Sinar Harian.


“Saya dan isteri kemudian segera membawanya ke hospital swasta yang berhampiran. Sebaik sampai, pihak hospital cuba memberikan bantuan pernafasan namun mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” tambahnya lagi.

Pilu… Sumber: Sinar Harian

Pilu… Sumber: Sinar Harian


Malah katanya juga, anak kelimanya itu baru sahaja keluar dari hospital sehari sebelum kejadian tersebut selepas ditahan di wad sejak Rabu akibat demam dan tiada selera makan.


“Saya reda dengan ketentuan Allah. Tapi sedih kerana saya dan isteri baharu saja menyambut hari lahir arwah bulan lalu,” luah Md Zarif.

Md Zarif bersama arwah anaknya. Sumber: Zurriyati Ishak

Md Zarif bersama arwah anaknya. Sumber: Zurriyati Ishak


Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Luahan wartawan: Lepas birthday, lat berapa minggu masuk hospital and then this happened. Tak rasa family dia dapat lepaskan rindu pun selepas dia discharge…


It must be tough for his parents. I hope they’re not guilt-tripping themselves. Memang dah tertulis…Semoga keluarga mangsa tabah dengan ujian ini. Baby is in a better place now



Podcast Plan B minggu ini!



RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2025 - PLANB MEDIA

bottom of page