BELASUNGKAWA : Pemergian Wahid Satay
- Plan B

- May 21, 2023
- 1 min read
Updated: Feb 2, 2024

Abdul Wahid Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Wahid Satay telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 93 tahun di rumahnya, Teban Gardens awal pagi tadi (22 Mei 2023).
Allahyarham merupakan seorang ikon komedi yang telah menghiburkan dan mencuit hati para penonton melalui filem-filem yang dibintanginya seperti Satay, Pak Pandir Moden dan Gado Gado. Justeru, Allahyarham pernah digelar sebagai “Jerry Lewis Malaya”.
Pemergian Wahid Satay adalah satu kehilangan besar dalam dunia perfileman dan komedi Melayu.
Semoga rohnya dicucurkan rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
















