top of page

Bishop Gordon Wong Kirim Surat Kepada Habib Hassan, Mengutuk Perancangan Pengganas

Updated: Mar 18, 2024


Bishop Gordon Wong Kirim Surat Kepada Habib Hassan

Bishop Gordon Wong dan Habib Hassan

Bishop Gordon Wong daripada Gereja Methodist Singapura, telah menghantar sekeping surat yang ditujukan khas kepada Imam Masjid Ba’alwie, Habib Hassan Al-Attas. Habib Hassan juga merupakan salah satu anggota penguatkuasa Inter-Religious Organisation (IRO) di Singapura.

Habib Hassan Al-Attas

Sumber: Google Images

Surat ini ditulis setelah seorang remaja penganut Kristian Protestan ditahan oleh Jabatan Keselamat Dalam Negeri (ISD) dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang untuk melakukan serangan pengganas ke atas jemaah dua buah masjid di Singapura.

kerana merancang untuk melakukan serangan pengganas ke atas jemaah dua buah masjid di Singapura

Sumber: Facebook, Ba’Alwie Mosque Singapore

Bishop Gordon Wong mengutuk dan juga mencela perbuatan perancangan serangan pengganas tersebut yang sungguh keji. Beliau juga memberi keyakinan bahawa masyarakat Kristian di Singapura tidak mempunyai niat buruk terhadap orang Muslim di Singapura.

Beliau juga mengingatkan bahawa jalinan yang terbina antara masyarakat Kristian dan Islam di Singapura sungguh erat dan mempunyai persefahaman yang mendalam. Bishop Gordon mengakhiri surat itu dengan kata-kata harapan semoga jalinan kedua masyarakat itu semakin erat.

Facebook, Ba’Alwie Mosque Singapore

Sumber: Facebook, Ba’Alwie Mosque Singapore

Imam Habib Hassan juga turut menghantar kembali sekeping surat balas kepada Bishop Gordon. Di dalam surat itu, Habib Hassan meluahkan rasa berterima kasih kepada Bishop Gordon atas mesejnya yang penuh dengan sokongan dan perpaduan.

Imam Habib Hassan juga turut menghantar kembali sekeping surat balas kepada Bishop Gordon

Sumber: Google Images

Beliau juga berterima kasih kepada masyarakat Kristian di Singapura kerana bertindak dengan cepat untuk mengutuk dan mencela perancangan serangan pengganas itu.


Di dalam surat tersebut, Habib Hassan mengesahkan akan jalinan erat yang telah terbina antara masyarakat Islam dan Kristian di Singapura. Seperti Bishop Gordon Wong, beliau juga mengakhiri surat itu dengan harapan jalinan kedua masyarakat itu semakin erat.


Keganasan adalah sesuatu yang tidak dianjurkan oleh sembarang agama pun. Perbuatan keji itu harus sentiasa ditolak dan dikutuk. Semoga Singapura dijauhkan daripada ideology yang keji ini.


Luahan Wartawan: Terrorism has no place in religion and should be condemned and pushed away always. Lagi-lagi in this multiracial society in Singapore. Memang patut for ISD to go hard on orang-orang yang have this kind of ideology.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2025 - PLANB MEDIA

bottom of page