top of page

Burung Enggang Enggan Beredar, Habis Najis Bersepah Dalam Rumah Yang Dicerobohi

Writer's picture: Belalang BiruBelalang Biru

Burung Enggang Enggan Beredar

Bagaimanakah reaksi anda jika rumah anda dicerobohi dan penceroboh itu meninggalkan hadiah serpihan najis ketika ia pergi?


Inilah peristiwa yang dialami seorang netizen dan dimuatnaik di lelaman Facebooknya, Ho Xiang Tian apabila dua ekor burung hornbill atau burung enggang mencerobohi rumahnya.

Ho Xiang Tian

Sumber: Facebook, Ho Xiang Tian


Menurut Ho Xiang Tian yang tinggal di Pasir Ris, dua ekor burung enggang memasuki rumahnya daripada pintu halaman pada petang 17hb Disember untuk berlindung dari hujan lebat pada ketika itu.


Burung enggang pertama yang memasuki rumahnya terus terbang ke atas rak-rak buku dan hinggap di situ. Ia berada dalam rumah itu selama lebih dari sejam.

Facebook, Ho Xiang Tian

Sumber: Facebook, Ho Xiang Tian


Burung enggang yang kedua pula cuma terbang masuk untuk sekejap sahaja sebelum ia keluar.

Burung enggang

Sumber: Facebook, Ho Xiang Tian


Ho Xiang Tian juga mengatakan bahawa beliau cuba menghubungi Acres tetapi pada hari itu, pihak Acres mendapat jumlah panggilan yang keterlaluan dan tidak berupaya untuk datang menolong. Beliau pun terus membuka semua pintu dan tingkap di rumahnya dan menutup kipas.

Beliau pun terus membuka semua pintu dan tingkap di rumahnya dan menutup kipas.

Sumber: Facebook, Ho Xiang Tian


Selepas beberapa minit menunggu, burung itu pun terbang keluar melalui tingkap yang terbuka dan meninggalkan hadiah serpihan najis di merata tempat di rumah itu.

meninggalkan hadiah serpihan najis di merata tempat di rumah itu.

burung itu pun terbang keluar melalui tingkap yang terbuka

Sumber: Facebook, Ho Xiang Tian


Ruang komen dipenuhi dengan luahan netizen yang berasa simpati atas apa yang di alami oleh Ho Xiang Tian.

Ruang komen dipenuhi dengan luahan netizen yang berasa simpati atas apa yang di alami oleh Ho Xiang Tian

Sumber: Facebook, Ho Xiang Tian


Di dalam posting beliau, Ho Xiang Tian mengatakan bahawa besar kemungkinan pencerobohan itu berlaku kerana kawasan berhutan yang selalu di diami burung enggang dihadapan bloknya itu telah dimusnahkan untuk dinaiki flat BTO.

di diami burung enggang dihadapan bloknya itu telah dimusnahkan untuk dinaiki flat BTO

Sumber: Facebook, Ho Xiang Tian


Untuk melaporkan pencerobohan binatang liar di rumah, sila hubungi Acres di talian 97837782. Menurut lelaman Acres, jangan panik dan jangan memprovokasi binatang itu. Buka semua tempat keluar (tingkap, pintu) dan ia akan keluar dengan sendiri.

Buka semua tempat keluar (tingkap, pintu) dan ia akan keluar dengan sendiri.

Luahan Wartawan: Walaupun ia seekor burung, I think anyone would get panicky when such a thing happens. Kudos to Ho Xiang Tian for being calm and managing the situation well. Ingat, bila bertemu dengan binatang liar, tak kisah la di luar ke kat rumah ke, most important thing is to not panic and don’t provoke them.

tak kisah la di luar ke kat rumah ke, most important thing is to not panic and don’t provoke them

Ni dia tak provoke burung tu je rumah da bersepah dengan najis. Imagine kalau burung tu got agitated. Habes la sampai Chinese New Year bau tak hilang agaknya.



Podcast Plan B minggu ini!



RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page