Cawangan Bubble Bee Shuib Terbaru Di Kuantan Tutup Kerana Beroperasi Tanpa Lesen
Kafe Bubble Bee, hasil gandingan pelawak terkenal Shuib bersama isterinya Siti Sarah Raisuddin mengembang sejak kebelakangan ini. Namun kafe tersebut menjadi perbualan warganet apabila cawangan terbarunya didakwa beroperasi tanpa lesen.
Sumber: Facebook, Majlis Perbandaran Kuantan
Cawangan baru yang terletak di Jalan Berserah, Kuantan diserbu Majlis Perbandaran Kuantan dan ditutup kerana beroperasi tanpa lesen. Menurut wakil pengurusan Bubble Bee, dokumen yang diserah kepada runner mereka tidak sampai kepada pihak perlesenan MPK dan beliau meminta maaf atas kekecohan yang berlaku.
Warganet luarbiasa mempunyai beberapa pendapat yang berbeza, dimana Shuib dikecam kerana tidak bersuara selepas kontroversi kafe itu.
Hmm, macam biasa, mulut takda insurance.
Senang kau cakap pasal bukan kau yang bukak kan.
Ni kirakan nasihat ke sindiran?
Namun ada juga yang membahasakan MPK.
Mesti nak selit racial politics eh. Tak buat sekali, tak sah eh?
Menurut posting Instagram BubbleBee Malaysia, perlancaran cawangan tersebut adalah “soft launch” pada 16 Januari.
Sumber: Instagram, Bubblebee Malaysia HQ
Kafe BubbleBee mula beroperasi di Menara U2 Shah Alam dan mula berkembang dengan lebih 28 cawangan pada tahun 2020.
Luahan Wartawan: People make mistakes. Its not easy running a business.
Yang korang nak kecam dia sangat tu buat apa? Saje je kan nak sensasikan orang for no reason?
I agree he needs to take responsibility for what happened but give the man time.
Korang pun sama gak pe. Kedai baru bukak dah nak lari, Q berjam-jam lepas tu bila kena suspend, korang salahkan owner, tak tau crowd control la bagai.
Cuba pakai akal fikiran yang dah dikurniakan. Tu je aku nak cakap.
Podcast Plan B minggu ini!