top of page

Drebar Taxi Viral Kerana Terlampau Baik, Pinjamkan Payung, Tolong Jaga Anak, Siap Beri Diskaun

Updated: Mar 19, 2024


Drebar Taxi Viral Kerana Terlampau Baik

Nama Cai JiaXiang, seorang pemandu teksi setempat, sedang hangat diperkatakan setelah kisahnya meringankan beban penumpangnya, seorang ibu kepada tiga anak kecil, tular di Facebook sejak pagi tadi (12 Januari).


DITEMUKAN DENGAN PEMANDU BAIK HATI

Ibarat rahmat yang terselindung, pengguna khidmat ComfortDelgro, Noor Shakila, berkongsi dia menemui Encik Cai setelah pemandu pertamanya melesapkan diri hanya kerana dia memerlukan lebih masa — dua minit — agar anak-anaknya dapat memakai kasut.

bey bey

Kongsi Shakila, dia menempah teksi untuk ke sekolah anak dua pertamanya.


Setibanya di sana, Shakila menggambarkan hujan kian lebat dan tanpa berlengah, Encik Cai meminjamkan payungnya agar Shakila dapat mengusir anak-anaknya ke dalam sekolah.


Sementara itu, anak bongsu Shakila, seorang kanak-kanak lelaki, ditinggalkan bersama Encik Cai.


“Apabila saya kembali ke teksi, anak saya sedang meraung. Biasalah, budak-budak selalunya meragam pada waktu pagi,” kata Shakila.

anak

Meski begitu, Shakila berkata Encik Cai tidak sedikit jengkel pun dengan perangai anaknya malah, menyatakan dia memahami betapa sukarnya menjaga budak kecil kerana dia sendiri mempunyai anak tujuh tahun.


Dalam pada itu, Encik Cai, yang kagum dengan bagaimana Shakila boleh menguruskan tiga orang anak seorang diri, bertanya tentang status pekerjaan Shakila.


Di situ, Shakila memberitahu bahawa dia akan menjalani temu bual kerja petang itu (tadi).


Perjalanan mereka berterusan ke sebuah estet perumahan di Sembawang untuk menghantar anak bongsu Shakila pula.


“Selepas menghantar anak lelaki saya, saya hendak menamatkan perjalanan kerana harga (meter) semakin meningkat. Namun disebabkan hujan lebat, saya dengan berat hati meneruskan sahaja perjalanan untuk pulang ke rumah,” luah Shakila.

I was like habes la duit aku. Da la hujan, satu destination jadi 3 pulak. Ala takpe lah

“I was like habes la duit aku. Da la hujan, satu destination jadi 3 pulak. Ala takpe lah,” fikir Shakila.


BERI SEMANGAT UNTUK TEMU DUGA

Ringan mulut, Encik Cai melanjutkan perbualan mereka tentang temu bual Shakila dan bertanya alamat lokasi tersebut.


Ditempatkan di Hougang, Encik Cai memberhentikan teksinya di tepi jalan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menunjukkan arah ke lokasi berkenaan.

Ditempatkan di Hougang, Encik Cai memberhentikan teksinya di tepi jalan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menunjukkan arah ke lokasi berkenaan

“Ah lu tengok nanti lu pergi Woodlands ambil bus 161 boleh ah atau ada ni bus u take ah then u walk ah. U slowly ah u find,” kata Encik Cai kepada Shakila.


BERI DISKAUN

Tidak cukup dengan membantu mencari jalan untuk temu duganya, Shakila berkata Encik Cai turut memberinya diskaun $5.


Meski terharu, Shakila berkata dia tetap berkeras untuk membayar kos sepenuhnya — $15.


Namun demikian, dia disuruh simpan duitnya agar ia dapat digunakan untuk keperluan anak-anak.

Namun demikian, dia disuruh simpan duitnya agar ia dapat digunakan untuk keperluan anak-anak

“Eh tak mau! $10 boleh. Wa cari makan lu pon mau cari makan. $10 cukup untuk wa. Lain lu kasi anak2 lu makan. Wa cukup la Jangan risau. Wa pon ada anak. Wa tahu susah,” jelas Encik Cai.


Encik Cai turut memberi “good luck wish” kepada Shakila sebelum mereka berpisah.

good luck

“Nanti Lu interview good luck ah!”


REAKSI WARGANET

Tersentuh membaca pos Shakila, warganet memuji tingkah laku Encik Cai.

Tersentuh membaca pos Shakila, warganet memuji tingkah laku Encik Cai.

warganet memuji tingkah laku Encik Cai.

Malah pos Shakila — yang telah meraih 2 ribu kongsian setakat 5 petang (hari ini) — turut mendorong warganet untuk mengongsi kisah mereka bertemu dengan pemandu empati.

Nur Cahaya Petunjuk

Ann Rozzaini

SANGAT BERSYUKUR

Berterima kasih atas jasa Encik Cai, Shakila mendoakan agar dia “dirahmati, diberikan lebih ramai penumpang dan dilindungi.”


“May Allah SWT ease you like how you have eased me this morning,” harapnya.


Luahan wartawan: Mungkin inilah ertinya hujan rahmat. Aku jarang dapat taxi driver yang baik. Semua case grumpy, drive macam siak, tak tau sabar. Semoga jasa dia dibalas dengan endless tips and nice commuters. Taxi drivers lain, please learn from him. Kalau tak semulia Mr Cai pun takpe. Just jangan drive macam ni road mak kau yang punya and takmo marah-marah ah tu jer. And please jangan berbual pasal politics. Thanks.



Podcast Plan B minggu ini!




RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page