Gunakan Headphones Untuk Dengar Lagu Alyph Yang Terbaru Ini, Ia Akan Bawa Korang Ke Dimensi Lain
- Belalang Biru
- Dec 21, 2020
- 3 min read
Updated: Mar 20, 2024

Berhasrat untuk memajukan industri muzik Melayu, penerbit dan penggubah lagu, Alyph, baru-baru ini telah sekali lagi, mengeluarkan single yang bukan beshe-beshe.

Berjudul “Adakah Kau Mendengar”, lagu rapper setempat kali ini mempunyai transition that’s smoother than baby’s butt.
Dengar dulu baru kau tau what I mean.
Jelas Alyph, 31 tahun, “perubahan mood” dalam lagu berkenaan mempunyai kaitan dengan perasaannya lewat tahun lepas.
“The music explains how I was feeling that day. I was alone in a hotel, travelling alone, doing everything myself. And from being lonely and alone, I had to go for rehearsals and perform. Afterwards, I went back to the hotel and I was all alone again.
“There was a change of energy and I wanted to tell that story of energy jumping through music.”

Tambah beliau, lirik pula cuma disiapkan tiga bulan kemudian agar dapat menyediakan hasil yang bersesuaian dengan irama muzik dan — in a way — relatable dengan para pendengar.
Secara ringkasnya, Alyph menerangkan bahawa karyanya mengenai eskapisme menggunakan dadah dan alkohol — di mana ia dilambangkan dengan figura merah dalam music video (MV) beliau — sebagai langkah untuk “menyelamatkan diri” dari tekanan jiwa.
Tonton di sini:
Music video ada Wirda, gais.
BAK INTERNATIONAL ARTIST
Sejak MV-nya dimuat naik di YouTube dua minggu lalu, para pendengar rata-rata menyuarakan kekaguman mereka terhadap Alyph — sampaikan ada yang menyamakan beliau dengan artis antarabangsa seperti Post Malone dan Travis Scott.





ALYPH UNDERRATED
Malah, ada juga yang berpendapat bakat Alyph, sayangnya, tidak mendapat pengikhtirafan yang sewajarnya.


Mengulas tentang komen-komen berkenaan, Alyph, yang berkecimpung dalam industri muzik sejak berusia 16 tahun, mempunyai pendapat yang agak berbeza.
“I’m underappreciated,” luahnya.
“I don’t blame it on the songs or anything (because) I tend to be experimental with myself. When I make music, what I’m really chasing for is to push the industry forward.
“I have songs in my studio that are much easier for the label to market but that will mean I’m cheating myself,” hurai Alyph, yang telah menaikkan nama artis-artis seberang tambak seperti Elizabeth Tan dan Ismail Izzani.
3-PACK
Menyusuli “Adakah Kau Mendengar”, Alyph juga berkongsi bahawa beliau bakal mengeluarkan dua lagi single sekitar bulan Februari depan.

Ini merupakan sebahagian daripada project 3-pack — album yang mengandungi tiga lagu — setelah rancangan untuk mengeluarkan a legit album tergendala.
Sementara itu, beliau berharap agar single pertama daripada 3-pack-nya ini dapat menjadi inspirasi kepada the up and coming rappers, seperti mana lagu-lagunya sebelum ini telah meninggalkan impak besar di kalangan beberapa artis baharu.
“I think this song has the potential to change something for the better. I hope it inspires the young to make real music and make the industry a better place.”

Luahan wartawan: Korang kalau ada AirPods atau apa-apa earbuds with noise cancellation, ACTIVATE IT!! I swear it makes the song 10 times more oomph!!
Sebab at first bila aku dengar through my phone speaker aku macam….

Tapi bila dah dengar dengan earbuds, melokek ji. I’m no musician ah so aku tak tau macam mana nak describe with the proper terms tapi memang ???.
And kau kena tengok the music video to have a better context. Music video dia style okay bukan setakat nak adakan visuals jer. It tells you a story.
And aku suka part “aku tahu nak bercampur dengan sHaper”. Dia bukan “siapa” tau korang it’s “sHaper” HAHA COOL!!
Aku not a fan of hip-hop or rap to begin with. But ever since aku start dengar on Tuesday, aku blast ni lagu dalam toilet masa mandi. This song deserves more than 180k views on YouTube.
Anyway kalau depressed, see a therapist. Baik kau fork out money for proper help daripada kau buang duit beli vodka. Leceh. Dah mabuk, hangover abeh last last liver failure. Nanti makin depressed.
Podcast Plan B minggu ini!