Meninggal 2 Hari Sebelum Ke Jinjang Pelamin, Suasana Bahagia Bertukar Menjadi Duka

Suasana bahagia berubah menjadi duka di rumah seorang mempelai wanita di Kotamobagu, Sulawesi Utara apabila pengantin tersebut pergi secara tiba-tiba sehari sebelum majlis pernikahannya.

Sumber: hulondalo.id
Tiara Permaidani Gamri, 19 tahun sepatutnya menikahi mempelai lelaki, Ilham Van Gobel, namun Tuhan menentukan sebaliknya. Dua hari sebelum majlis, arwah telah pergi ke rumah bakal suaminya untuk menghantar baju yang akan dipakai lelaki itu pada hari pernikahan mereka.
Namun, bapa Tiara mendapat panggilan mengejut yang memberitahunya bahawa anaknya itu berada di hospital kerana tidak sedarkan diri.

”Rakannya memberitahu saya arwah berada di hospital dan tidak sedarkan diri kerana meminum racun.
”Saya bergegas ke hospital dan sempat singgah bertemu calon menantu untuk mengetahui kejadian sebenar.
“Saya tanya anak saya di mana, dia beritahu di hospital. Kemudian saya tanya, anak saya minum racun di mana, dia kata tidak tahu,” kata bapanya.
Setelah sehari dirawat, Tiara menghembuskan nafas terakhirnya pada malam 29 November 2020, sehari sebelum pernikahannya berlangsung.

Sumber: siakapkeli.my
Ketika itu, segala persiapan sudahpun dilakukan daripada pelamin hingga ke hidangan. Malah, pada malam itu orang kampung juga sudah berkumpul di rumah mempelai wanita untuk bergotong-royong dalam persiapan majlis itu.

Sumber: siakapkeli.my
Majlis tersebut tetap diteruskan keesokan hari dengan majlis tahlil yang dihadiri oleh orang kampung dan juga para jemputan.

Sumber: siakapkeli.my
Pihak polis menerima laporan daripada keluarga Tiara dan sedang masih menyiasat hal ini untuk mencari punca sebenar kejadian ini.

Luahan Wartawan: Manusia merancang tetapi Tuhan yang menentukan. No truer words can be said about this happening. I can only imagine the devastation that both families must have felt at this. Especially for the pengantin lelaki. Cuma bayangkan, you’re getting ready for your big day and getting this devastating news. Moga-moga pengantin lelaki dapat tabahkan hati.
Podcast Plan B minggu ini!