Nak Tinggal Kondo Tapi Sewa Murah? Boleh Cuba Bilik Utiliti Ini Di Boon Keng, $500 Sebulan Sahaja
Satu penyenaraian di Facebook Marketplace, yang dimuat naikkan Calvin Liu, menarik perhatian lebih daripada sekadar bakal penyewa.
Bilik stor di sebuah kondominium 8 Riversuites itu disenaraikan dengan harga S$500 sebulan, tanpa caj tambahan untuk penggunaan air dan elektrik.
Menurut sesetengah warganet, penyewaan bilik stor yang telah dibaikpulih adalah perkara biasa terutama sekali untuk mereka yang mempunyai bajet kecil.
Namun perkongsian posting tersebut dalam kumpulan Facebook “Malaysia-Singapore Border Crossers” menarik perhatian warganet di ruang komen yang menanyakan harga $500 itu berbaloi untuk bilik stor tanpa hawa dingin.
Bercakap kepada Mothership.sg, Liu berkata bahawa ini bukan kali pertama dia membiarkan bilik utiliti atau bilik stor untuk disewa.
Liu berkongsi bahawa seseorang telah menunjukkan minat mereka untuk menyewa bilik utiliti, dan penyenaraian itu telah diturunkan.
Menurutnya lagi, sewa sebanyak $500 itu mengikut harga pasaran dan komen-komen mengecamnya mungkin datang daripada rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan harga menyewa bilik di Singapura.
“Jika mereka tinggal di Singapura, mereka akan tahu. Jika mereka tidak tinggal di Singapura, sudah tentu mereka fikir harganya terlalu tinggi. [Ini kerana] standard gaji Malaysia berbeza dengan Singapura.”
Liu berkata bahawa sewa bilik itu “sah”, dan menyebut bahawa terdapat beberapa orang dengan bajet yang terhad yang akan memilih bilik seperti ini.
Adakah ia sah?
Menyewa bilik utiliti, tempat perlindungan bom, atau bilik stor di flat HDB adalah haram, kerana peraturan HDB menyatakan bahawa hanya bilik tidur yang pada asalnya dibina oleh HDB boleh disewa.
Walau bagaimanapun, tiada garis panduan untuk harta persendirian.
Luahan Wartawan: Aku rasa macam melampau jack, tidur dalam bilik stor. Takda tingkap wei, ventilation macam mana tu?
Ye aku tahu kau nak buat duit tapi berpada-pada la oi. Kau kasi kipas, elektrik dengan air per la, okay aku kasi kau.
Tapi, musibot, $500 untuk bilik stor pasal kat dalam kondo? I rest my case.
Podcast Plan B minggu ini!