top of page

Remaja Terselamat Daripada Serangan Buaya Setelah Ia Dibelasah 6 Pemuda

Writer's picture: Lintah DarahLintah Darah

Remaja Terselamat Daripada Serangan Buaya

Serangan Buaya

Seorang remaja lelaki terselamat daripada dibaham buaya selepas enam rakannya membelasah buaya tersebut di Sungai Kampung Mengkabong, Tuaran.

Sungai Kampung Mengkabong, Tuaran

Mangsa tersebut, Azlan Arif Abdullah, 16 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan, kaki kanan dan perut dalam kejadian itu. Beliau tinggal berhampiran dengan tempat kejadian dan selalu pergi ke situ bersama rakan-rakannya.


Ketika diserang buaya itu, Azlan bersama rakan-rakannya yang berumur antara 9 dan 16 tahun sedang mencari lokan dan siput di sungai berkenaan. Buaya yang menyerang mereka itu berukuran kira-kira 1.52 meter panjang.

loo at the size of that

Rakan-rakan Azlan pun memukul buaya tersebut dengan apa-apa sahaja yang ada di tangan sehingga salah seorang daripada mereka berjaya mencederakan mata buaya itu dan menyebabkannya melepaskan Azlan.

salah seorang daripada mereka berjaya mencederakan mata buaya itu dan menyebabkannya melepaskan Azlan.

Azlan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuaran dan besar kemungkinan akan dirujuk ke Hospital Kota Belud atau Hospital Papar untuk rawatan lanjut kerana kecederaan yang dialaminya agak teruk.

Hospital Papar untuk rawatan lanjut kerana kecederaan yang dialaminya agak teruk.

Luahan Wartawan: At first, nampak macam it’s a very stupid thing to do. But when you realised that what they did actually managed to save kawan mereka nya life, its actually quite heroic of them. Granted, belasah buaya pakai whatever they have at hand, which I assume is just kayu ranting and apa-apa they can find tepi sungai is quite crazy but kudos to them for putting their lives at risk to save their friend.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page