Samseng Kampung Dusun Tak Puas Hati Ditegur Rider Ketika Memandu Dengan Cuai
Kejahilan seorang pemandu kereta Toyota telah menjadi bahan kutukan penduduk setempat sejak rakamannya naik hantu secara tidak menentu tular di Facebook semalam (2 Ogos).
Menerusi video yang disiarkan di laman ROADS.sg, kereta terbabit dilihat berdesut masuk ke dalam sebuah estet di Bedok North.
Ia bukan sekadar menceroboh lorong keluar, malah nyaris melanggar salah seorang penunggang motosikal yang sedang menantikan giliran untuk keluar ke jalan utama.
KONFRONTASI #1
Pemandu tersebut kemudiannya menghentikan keretanya di tepi jalan raya lalu menjenguk keluar tingkap untuk merenung penunggang yang hampir digilis keretanya.
Tidak semena-mena, dia keluar dari keretanya untuk bersemuka dengan penunggang tersebut.
Tanpa memakai pelitup muka, dia dengan bengisnya bertanya, “You stay here? You stay here?”.
Mujur, babak tersebut diredakan oleh seorang lagi penunggang motosikal.
KONFRONTASI #2
Tidak puas berkelahi, pemandu tersebut selanjutnya kembali ke keretanya untuk mengeluarkan sesuatu objek yang kelihatan seperti pedang.
Kali ini, pemandu baran terbabit disabarkan oleh rakan wanitanya.
REAKSI WARGANET
Berikutan penularan video ini, warganet menggesa para penunggang terbabit untuk membuat laporan polis agar pemandu tersebut dikenakan hukuman yang sewajarnya.
Berdasarkan pengakhiran rakaman tersebut, kesemua individu yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber Gambar: ROADS.sg
Luahan Wartawan: Lah tak betul. Dah drive macam siak, dahtu nak mengamok kat orang lain macam dia tak bersalah gitu. Belo. Aku kalau tu rider, dah lama aku hentak kepala dia pakai helmet.
Nak step gangster pun agak-agak lah wei. You’re dying to be caught by the authorities is it?? Orang macam ni boleh dapat lesen. Aku yang BELAJAR untuk BTT tak pass pass. Macam sial.
Podcast Plan B minggu ini!