top of page

Shuk Dibuang Kerja Sebab Didapati Skandal

Updated: Mar 14, 2024


Shuk Sahar duduk dan memakai topi dan jaket berwarna biru

Isu Shuk Sahar diberhentikan kerja kerana masalah peribadinya menjadi topik perbualan.

Ramai warganet yang menyatakan dalam ruang komen bahawa ia adalah masalah yang dicari sendiri.

netizen facebook response

Ada juga yang memberi amaran tentang bahayanya media sosial.

netizen facebook response

Jadi bolehkah kontrak seseorang itu ditamatkan atas isu peribadi?

seorang budak lelaki memakai cermin mata memakai baju putih dan bertali leher merah

Boleh kalau ada klausa-klausa tertentu tertera di dalam kontrak individu tersebut. Menurut laporan Remaja.my, besar kemungkinan klausa tersebut berada di dalam kontrak Shuk yang menjadi punca beliau dibuang kerja oleh Hot FM.


Laporan mStar juga menyatakan bahawa Shuk telah melanggar kontrak perjanjian.

3 budak pakai headphone, 2 budak duduk manakala sorang berdiri kat belakang

Seperti biasa, pemberhentian seseorang itu tertakluk kepada garis panduan kementerian sumber manusia. Ini termasuk perbincangan diantara majikan dan pekerja terbabit.

simpson karakter duduk sedang rapat memberikan ekspresi serius

Shuk sudah digantung kerja semenjak 25 Januari lalu apabila tularnya pergolakan rumahtangga beliau. Laporan Harian Metro juga menyatakan bahawa pihak Hot FM menamatkan kontrak Shuk setelah perbincangan bersamanya.

meme seorang gadis kecil dan rumah yang terbakar di belakang

Sebagai personaliti popular, Shuk mempunyai tanggungjawab untuk menampilkan perangai yang baik. Namun kerana selingkuhnya itu, Hot FM juga mengalami tempias daripada kontroversi tersebut. Dengan menamatkan kontrak Shuk, Hot FM hanya ingin menjaga reputasi mereka sebagai penyiar radio yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

seorang lelaki memakai sut ungu dan memegang telefon bimbit

Secara lazimnya, majikan mempunyai sebab munasabah untuk menamatkan kontrak yang mungkin akibat isu salah laku di tempat kerja ataupun dalam tempoh waktu bekerja.

meme matriks, watak utama memakai cermin mata hitam dan kain hitam

Namun, selain daripada itu, isu peribadi yang tidak melibatkan prestasi kerja, jenayah, rasuah dan sebagainya, kehilangan pekerjaan tidak semestinya berlaku.


Luahan Wartawan: Kalau kau personaliti media yang popular, jangan buat taik.

meme, dengan latar belakang kuning dan perkataan najis dan emoji kelihatan seperti watak najis

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur jugak. Walaupun dia damage control, baik dengan bini dia balik, damage is done.

tupai bergulung dengan darah dari pokok

Damage pun done by the wife, lagilah rabak bro. Tapi takpelah, it’s all about balance. You win some you lose some.

Thanos bercakap saya harap mereka ingat awak

Yang lain, amek iktibar. Kerja elok-elok but know your rights. Read and understand your contract properly.


Anda juga boleh membaca artikel yang berkaitan dengan artikel in;


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2025 - PLANB MEDIA

bottom of page