top of page
Writer's pictureLintah Darah

Tak Tahan Lagi Dengan Tomahan Netizen, Sajat Keluar Islam


Sajat Keluar Islam

Nama Sajat tular sejak beberapa hari lalu kerana tidak menghadirkan diri di mahkamah setelah diseru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


Sajat kini menjadi perbualan warganet kerana beliau menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam melalui sebuah video yang tular di media sosial.

Here we Go Again

Setelah kejadian yang melibatkan JAIS mengeluarkan waran terhadap Sajat kerana gagal menghadirkan diri di mahkamah pada 23 Februari, Sajat mendakwa beliau kecewa dengan tindakan orang ramai di sekelilingnya.


”Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir. Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam. Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” – Petikan daripada sinarharian.com.my

Namun begitu, tiada kepastian tentang tarikh video tersebut dimuat naikkan sama ada ia baru atau lama. Warganet mengecam tindakan Sajat yang dikatakan drastik itu.

CikPuan Wahida Azhar
Taugeh Layu
Amalina Liyana

Ada juga di kalangan warganet mendoakan yang terbaik buat Sajat.

Mas Wa
AieynZulaikha Hamzah
Que Syira

Nur Sajat ataupun Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman merupakan seorang usahawan kosmetik terkenal dan seringkali terpalit dengan kontroversi di media sosial.

Nur Sajat

Kekecohan berlaku apabila JAIS menghantar 122 pegawai untuk mencari Sajat pada 23 Februari 2021 kerana kegagalan Sajat untuk menghadiri mahkamah. Sajat di dakwa atas Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman

Waran tangkap dikeluarkan JAIS kerana Sajat gagal ke prosiding mahkamah untuk kes berpakaian seperti wanita di salah sebuah majlis kenduri bersama anak yatim 3 tahun yang lalu.

Waran tangkap dikeluarkan JAIS kerana Sajat gagal ke prosiding mahkamah

Waran tangkap dikeluarkan JAIS terhadap Sajat kerana gagal hadir ke prosiding kes berpakaian wanita di satu majlis kenduri bersama anak yatim 3 tahun yang lalu.


Luahan Wartawan: Mengucap Sajat. Kesian jugak tengok Sajat dihentam oleh netizen.

Mengucap Sajat. Kesian jugak tengok Sajat dihentam oleh netizen.

Mungkin dah tak tahan sampai sanggup keluar agama Islam.

kesian

Sayang. Ini hanya menunjukkan, dakwah keras, kutuk-kutuk tak akan pernah berhasil dalam memenangi hati manusia. Hati harus ditawan dengan kelembutan dan sifat rahmah.

kind ness wins

Barulah dakwah boleh masuk ke hati.

bile kau nak taubat

Kita doakan yang terbaik untuk dia. Kembali pada jalan yang benar, Allah maha Penyayang dan Pemaaf. Masih ada harapan untuk kau bertaubat.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page