Wanita Menggunakan Helmet Tanpa Pelekat PSB Approved Tular
- Lintah Darah

- Apr 17, 2021
- 1 min read
Updated: Mar 12, 2024

Sebuah rakaman lucu yang menunjukkan seorang wanita sedang berbasikal sambil memakai sebuah periuk sebagai topi keledar menjadi tular di sosial media.
Rakaman itu telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Dudy Sarah Widjaya di akaunnya dan telah meraih lebih daripada 290 likes, 2100 shares dan 150 komen.

Sumber: Facebook, Dudy Sarah Widjaya
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di daerah Jurong West Street 81 pada 10hb April. Ia berjaya dirakamkan oleh Dudy Sarah Widjaya yang kebetulan sedang memandu di situ apabila beliau ternampak wanita yang berbasikal itu.
Wanita tersebut memakai baju berwarna merah dan sedang mengayuh sebuah basikal berwarna hitam sambil memakai sebuah periuk di kepalanya.
Apa yang membuat rakaman ini lebih lucu adalah reaksi seorang lelaki yang juga berbasikal terperanjat melihatnya ketika berhenti di lampu isyarat.
Ruangan komen juga penuh dengan komen lucu dari para netizen yang menyamakan periuk yang dipakai wanita itu dengan helmet yang digunakan dalam permainan video Player Unknown’s Battleground (PUBG).



Beberapa netizen juga berseloroh dengan mengatakan bahawa periuk itu telah mendapat kelulusan helmet PSB.



Sumber: Facebook, Dudy Sarah Widjaya
Dan ada juga beberapa netizen yang memuji wanita tersebut secara berseloroh kerana memikirkan tentang keselamatan beliau dengan memakai periuk tersebut di kepala.



Sumber: Facebook, Dudy Sarah Widjaya
Pada masa ini, sebab wanita itu memakai periuk di kepalanya belum dapat diketahui lagi. Namun begitu, kami berharap beliau selamat sampai ke destinas yang ditujunya.
Luahan Wartawan: Soalannya ni sekarang, macam mana makcik tu boleh nampak eh pakai periuk cover the whole head macam gitu? Ada chance ni baru beli and tengah excited nak start masak untuk Ramadan.
Podcast Plan B minggu ini!
















