Wanita Tangkap Kekasih Curang, Fitbit Rakamkan Kehilangan 500 Kalori Pada Jam 2 Pagi

Nadia Essex, seorang personaliti terkenal di Britain mengongsikan kisah bagaimana beliau menangkap bekas kekasihnya yang curang.
Menerusi video ”stitch” TikTok yang tular dengan lebih 50 000 tanda suka, Nadia Essex mengisahkan bagaimana bekas kekasihnya itu kantoi melalui jam ‘Fitbit’. Fitbit bekas kekasihnya merakamkan sebanyak 500 kalori yang dibakar diantara jam 2 hingga 3 pagi.

Seperti ramai tahu, jam Fitbit boleh mengira kalori yang dibakar semasa aktiviti-aktiviti seharian termasuk senaman. Ia amat digemari oleh mereka yang inginkan gaya hidup lebih sihat.

Nadia mengatakan bahawa beliau menerima makluman mengenai ‘aktiviti’ bekas kekasihnya itu melalui Fitbit beliau yang sudah pun diselaraskan bersama.
Niat Nadia yang ingin membuatkan sarapan buat kekasihnya pada masa itu terus hilang apabila beliau mengesyaki tentang aktiviti malam lelaki tersebut.

“Saya bangun pada waktu pagi dan berfikir, takpelah saya buatkan dia sarapan selepas pulang daripada sesi lepak dengan membersnya”, katanya.

”Tetapi apabila saya mendapat makluman daripada Fitbit yang menyatakan beliau telah membakar 500 kalori diantara jam 2 dan 3 pagi, hilang niat tersebut.”
Warganet mengulas hantarannya dengan pelbagai pujian dan komen lucu.

Oh snap.

Kalau nak beli sebab nak ‘track’ pasangan, perangai kurang sihat tu.

The club can’t even handle him right now…

Luahan Wartawan: Sepandai-pandai tupai melompat…

Akhirnya kantoi pasal Fitbit. But 500 calories in one hour?! Bruhhh that must have been some ‘workout’.

The comments which says that they wanna get a Fitbit for tracking their partners is kinda worrying. It’s unhealthy. It could be paranoia or trauma. Work that shit out.

I mean if you already have doubts about them, shows that they’ve been acting shady, no?
Podcast Plan B minggu ini!