Status Agama Illi Najwa Dipersoalkan Selepas Majlis Resepsi Dalam Upacara Agama Lain Tular

Perkahwinan Illi Najwa, seorang rakyat Johor kepada kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar Disember ini tular dan ramai yang mengucapkan tahniah kepada mereka.

Illi sudah menjalani hubungan cinta selama 8 tahun dengan Manpreet dan perkahwinan yang dilangsungkan di Jalandhar, Punjab itu dihadiri oleh keluarga pihak lelaki.
Namun, kemusykilan tercetus apabila Illi dan Manpreet menjalani upacara perkahwinan cara punjabi Sikh di India. Ahmad Marzuk Shaary selaku timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) menyuruh rakyat Malaysia agar bersangka baik terhadap Illi kerana Illi pernah menyatakan bahawa suaminya itu sudah memeluk agama Islam akhir tahun lalu.

Illi juga telah memohon maaf atas kekhilafannya. Belaiu menyatakan bahawa kesilapan mereka berlaku atas kejahilan dan juga meminta maaf kepada keluarganya yang telah diheret sama dalam isu ini.

Beliau juga menegaskan bahawa nama dan agamanya tidak pernah ditukarkan seperti mana yang didakwa warganet.

Upacara resepsi itu dilihat seperti bercanggah dengan ajaran islam kerana mempunyai unsur-unsur agama lain.
Mungkin mereka melakukan adat-istiadat tersebut semata-mata untuk menggerembirakan keluarga pihak Manpreet.
Luahan Wartawan: Oi mulut jangan puaka sangat boleh?!

Jangan pandai-pandai murtadkan orang, dosa besar tu. Apapun dorang buat, tu antara dia dengan Allah.

It’s a norm for people to do different receptions according to culture. Especially for her case where Manpreet as the son converted. His parents didn’t so maybe dorang buat nak kasi family happy.

Abeh korang buat resepsi dekat hotel dinner bagai, or kuda kepang all, tu tak fikir?
Podcast Plan B minggu ini!