Ustaz Fizar Zainal menjadi mangsa
- Lintah Darah

- Sep 21, 2023
- 1 min read
Updated: Jan 31, 2024

Asatizah tempatan, Ustaz Fizar Zainal @fizarzainal berkongsi detik wang $10,000 lesap daripada begnya semasa berada dalam transit di Jeddah. Beliau kelihatan tidak dapat menahan sebak semasa berkongsi nasib malangnya di Instagram. Duit $10,000 digantikan dengan segepuk dolar Amerika yang lusuh.
Laporan polis telah pun dibuat semasa di Arab Saudi. Beliau pada awalnya menyembunyikan wang tersebut didalam begnya namun tetap disamun. Beliau mengesyaki sindiket yang merancang rompakan ini melakukannya sewaktu penerbangan dari lapangan terbang KL ke Jeddah.
Ustaz Fizar berada dalam perjalanan bagi tujuan misi kemanusiaan ke Casablanca, Maghribi, apabila tragedi itu berlaku.
















